CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farisha Iris Bakal Berkahwin, Masih Rahsiakan Identiti Bakal Suami

12-11-2023 08:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15397| Komen: 19

Bekas peserta Big Stage musim ketiga, Farisha Iris mengakui bakal mendirikan berkahwin pada hujung tahun hadapan.

Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Asmadi berkata, segala persiapan untuk hari 'istimewa' itu bagaimanapun masih di peringkat perancangan awal dan enggan berkongsi lanjut apa yang sudah dilakukan setakat ini. 



"Majlis perkahwinan saya, lambat lagi dan akan diuar-uarkan apabila sampai masanya. Tapi, memang betul pun saya ada perancangan nak berkahwin dan siapa yang tak mahu berkahwin kan? 

"Tapi yang penting bukan tahun ini. Insya-Allah, pada hujung tahun depan dan apa yang saya muat naik di Instagram itu sekadar baru nak tengok-tengok dewan. Ingatkan senang, tapi susah juga nak buat persediaan kahwin," katanya. 

Mengulas identiti calon suami, Farisha berkata, lelaki bertuah yang bertakhta di hatinya itu bukan orang dalam industri dan mereka baru saling mengenali pada Mac lalu serta belum bertunang ataupun dirisik lagi.


"Saya cuma rasa seronok apabila dah mula buat persediaan ke arah itu (perkahwinan), namun buat masa ini perlu fokus pada pengajian saya di universiti dulu.  

"Nak kata dah bersedia sepenuhnya untuk berkahwin, belum lagi. Sebab, sekarang ini saya kena habiskan pengajian di peringkat sarjana sehingga Januari, tahun depan," katanya. 

Terdahulu, Farisha memuat naik foto dia didapati membuat tempahan dewan di  Instagram (IG) miliknya yang menunjukkan seperti mahu melangsungkan majlis perkahwinan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Alasan Terindah berkenaan pernah digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi, namun dia tampil menafikan dakwaan itu.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 12-11-2023 08:19 PM
cantik bulat muka
rahsia smapi bila2 la kak oiii
kakak pun kami tak kenal ehhhh
Quote sukacactus 12-11-2023 08:29 PM
Ya Allah lg setahun pya citer, ko dah start warwarkan
Quote putu 12-11-2023 09:17 PM
Ya ampun sapa ni. Mau rhsia2 smpi bila2 pun xpe la. Xpntg
Quote Lentera 12-11-2023 09:27 PM
Tak kenal tapi nama mcm pernah baca kt forum ni. Hasil google tadaaaa
So kiranya dia bakal kawen dgn hasil sondolan dia la ye.. Lambet lg tapi konpiden benau jantan tu x disondol dek org lain ye
Quote ketupatnasi 12-11-2023 09:40 PM
Lentera replied at 12-11-2023 09:27 PM
Tak kenal tapi nama mcm pernah baca kt forum ni. Hasil google tadaaaa
So kiranya dia bakal kawen  ...

Pantas chuols...
Patut td tertanya2...Tempah dewan utk merisik ke dek?  Merisik belum tunang pun belum.... Konpiden sungguh! Rupanya....

Quote Binderclips 12-11-2023 09:52 PM
Bagus buat persiapan awal.
Quote Lentera 12-11-2023 09:58 PM
ketupatnasi replied at 12-11-2023 09:40 PM
Pantas chuols...
Patut td tertanya2...Tempah dewan utk merisik ke dek?  Merisik belum tunang pun  ...

Kannn.. Tapi kalau betui lelaki yg disondol dulu tu bakalan menjadi suami, elok la dirantai cepat playboy iteww
Quote kaoru44 12-11-2023 10:10 PM
lmbt lg dik..mcm2 boleh jadi..
Quote doubleA 12-11-2023 10:54 PM
Whoareyusssss simpan forever pun who cares
Quote Joysparta 12-11-2023 11:00 PM
Sape ni???
Quote mojarean_X 12-11-2023 11:02 PM
Sape ko ni dik? Mcm muda je lg. G enjoy dulu. Awal nau kahwin.
Quote sakitperut 12-11-2023 11:47 PM
sapa ni???
Quote miznora 12-11-2023 11:51 PM
Takde sapa pun nak tau dengan sapa ko nak kawen. Sedangkan ko yang katanya artis pun aku tak kenal apatah lagi bakal suami kau

Kau kawen senyap2 sudah la.. Ni lambat lagi punya citer dah bekompang awal2
Quote minahmanja 13-11-2023 12:07 AM
Terlalu awal dik non utk di war2 kan… biasanya macam ni banyak yang tak jadik.. terus senyap je..
Quote timah03 13-11-2023 12:09 AM
Lentera replied at 12-11-2023 09:58 PM
Kannn.. Tapi kalau betui lelaki yg disondol dulu tu bakalan menjadi suami, elok la dirantai cepat  ...

Ala.... Kalau jenis laki macam tu, di rantai pun tetap berkeliaran juga...
Quote haktuihlerr 13-11-2023 12:10 AM
Hang sapaaa wehh
Quote heythere123 13-11-2023 11:10 AM
ghisau kadang tengok sheols ni
Quote downiey 13-11-2023 08:13 PM
who are yusss
Quote dekmieDandy 14-11-2023 10:14 AM
suria fm suka pasang lagu dia, tajuk Hello tu

best jugak lagut tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.169780 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top