CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nyanyi Sumbang, Netizen Suruh Fazura Fokus Berlakon Sahaja

12-11-2023 06:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 27441| Komen: 436

Description: Persembahan pelakon Nur Fazura menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.Menerusi vid ...
Persembahan pelakon Nur Fazura menerusi konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjawy yang berlangsung pada malam Sabtu tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang tular di media sosial, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilihat begitu asyik menyampaikan lagu nyanyian asal Ahmad Dhani berjudul Jika Cinta Allah dalam persalinan serba putih.


Bagaimanapun ramai berpendapat pelakon dan usahawan itu terlalu yakin dengan kredibiliti vokalnya sehingga mungkin tidak menyedari suaranya tidak sesuai sebagai penyanyi.

Ramai beranggapan, nyanyian isteri pelakon Fattah Amin itu 'hancur' meskipun Fazura dilihat sedaya upaya memberikan persembahan terbaik dan penuh perasaan.

Sehinggakan ada memintanya tidak membuka mulut jika berada di atas pentas kerana nyanyiannya terlalu menyedihkan.


"Diam Fazura diam! Yakin sangat tengoknya tu.

"Fazura semua benda saya suka dekat awak kecuali menyanyi. Lebih baik fokus kepada lakonan sahaja," komen netizen.

Pun begitu, masih ramai memuji sikap dan usaha pelakon filem Pisau Cukur itu melakukan sesuatu perkara sehabis baik meskipun dikecam ramai.

Malah kemunculan Fazura menerusi konsert tersebut adalah dengan niat yang baik apatah lagi lagu disampaikan berunsurkan ketuhanan.


"Ini buktinya Fazura memang tak peduli apa orang nak kata, yang penting dia buat apa yang dia nak buat. Keep on going Faz!

"Dia menyanyi bukan sebab suara dia sedap tapi hiburan untuk peminat dia," komen netizen lain pula.

Selain Fazura, konsert berkenaan turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti Amir Masdi, Zizi Kirana, UNIC, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan alunan selawat daripada pelajar-pelajar tadika Al-Kauthar Eduqibs.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limesherbet 12-11-2023 06:23 PM
Ya Allah...tahap confident dia ni tinggi betul ye
Quote kaedahnya 12-11-2023 06:32 PM
sorry fazura walaupun aku suka dia tapi memang sumbang pun.
Quote Bumbu 12-11-2023 06:47 PM
Yakin sungguhhh! Ntah dr mn dpt keyakinan tu..
Quote lovelytouch 12-11-2023 06:49 PM
Terpaling sumbang walaupun tak terpaling solehohhhhh
Quote I.K.A888990 12-11-2023 06:49 PM
apa yang penting KEYAKINAN...ahhh gituuuu
tak pe faz lps ni buat rakam lagu je....faz punya lagu pn byk yg easy listening i likeeeeeeee...yg live2 ni NO NO NO okaaaayyyyy
Quote bambimo 12-11-2023 06:50 PM
Tp dia konfiden weiii
I is kagum
Quote little_sis 12-11-2023 06:55 PM
Suara dia kalo bercakap tu sedap la dengar..
Quote Gugucat 12-11-2023 06:59 PM
Aku mmg fans fazura. Tp bab nyanyi dia aku tkleh nk payung. Mmg ke laut dlm pegi nye. Lagu best2 la tapi. Tapi tu laahh.. tak marah pun lah org kecam. Dia pun sedia maklum suara dia tak sedap.
Quote anony-mous 12-11-2023 07:02 PM
Ya ampun dari haritu nk ckp masa konsert apa entah dia nyanyi sikit, mmf sumbang i yg malu tgk dia yakin menyanyi klau berlakon, silakan. I mmg suka she berlakon. Syg sgt duk bawah tiak topui dlu masa tgh top. I suka lakonan silly sheol
Quote codenamedream 12-11-2023 07:04 PM
Gugucat replied at 12-11-2023 06:59 PM
Aku mmg fans fazura. Tp bab nyanyi dia aku tkleh nk payung. Mmg ke laut dlm pegi nye. Lagu best2 la  ...

Lagu2 sheols best kan.
Live meols buka mata tutup tellinga saje.

Tapi kat mana nak tgk video sheols nyanyi semalam. Meols x cari lagi
Quote Sky_scraper 12-11-2023 07:15 PM
Dalam ramai yg duk kecam dia,  dia dah ada album okkay, even dapat duet dgn artis luar especially Anggun,  means shes not bad at all..dia just buat apa yg  dia minat je.  
Quote hanihan16 12-11-2023 07:16 PM
baru petang tadi i nyanyi sensorang sambil dgr lagu cinta langka faz. lagu2 daz best tapi ye lah, part nyanyi live ni baik surrender je la faz, i still love u. hehe..
Quote Gugucat 12-11-2023 07:20 PM
codenamedream replied at 12-11-2023 07:04 PM
Lagu2 sheols best kan.
Live meols buka mata tutup tellinga saje.


Bestt semua lagu2 dia. Tp dia nyanyi live mintak maaf la. Mute je la volume. Hayati kecantikan dia. Byk ig2 media yg tunjuk dia nyanyi.
Quote addamnor 12-11-2023 07:21 PM
Ya allah dek, baik kau berlakon jelah. Suara nyanyian kau mmg merosakkan lagu. Hauk to the max. Sehauk hauk liyana Jasmay, hauk lagi kau sis.
Quote Malaikatmautkau 12-11-2023 07:22 PM
Biar la dia nak menyanyi ke apa ke..janji x kacau orang…
Quote Malaikatmautkau 12-11-2023 07:23 PM
Bumbu replied at 12-11-2023 06:47 PM
Yakin sungguhhh! Ntah dr mn dpt keyakinan tu..

Janji x kacau orang..
Quote Malaikatmautkau 12-11-2023 07:25 PM
Sky_scraper replied at 12-11-2023 07:15 PM
Dalam ramai yg duk kecam dia,  dia dah ada album okkay, even dapat duet dgn artis luar especially An ...

Betul tu..kecam dia sangat2 xde pun kacau hidup org..xde minta duit orang..
Quote Malaikatmautkau 12-11-2023 07:26 PM
addamnor replied at 12-11-2023 07:21 PM
Ya allah dek, baik kau berlakon jelah. Suara nyanyian kau mmg merosakkan lagu. Hauk to the max. Seha ...

Suara kau sedap x?
Quote zuriey 12-11-2023 07:26 PM
Alip belut pun konfiden sis
u tak kagum pula

Lihat semua komen(436)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040420 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top