|
Anak kepada pengacara tersohor dan juga ikon penyiaran, Allahyarham Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz meluahkan rasa sedih susulan pembatalansalah satu kategori yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan pada saat akhir bersempena Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023.
Katanya, pembatalan tersebut dibuat kurang dari tempoh 24 jam selepas dia dimaklumkan. “Saya ada terima undangan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menerima anugerah Ikon Belia Perdana yang dirasmikan oleh Menterinya, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri (Adam Adli). “Tapi kurang 24 jam dapat panggilan, mereka membatalkan anugerah kategori tersebut dan tiada sebarang penjelasan,” luahnya sayu. Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa sudah berjaya melepasi kesemua saringan yang ditetapkan dan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir. Cabaran yang dilalui itu membuatkannya dihubungi oleh pihak penganjur untuk hadir dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah.
“Saya ni dah lalui bermacam peringkat dari saringan sehingga ke akhir, tempahan busana sehingga mencecah ribuan ringgit. “Saya minta ibu doakan untuk kemenangan dan Alhamdulillah doa ibu termakbul kerana difahamkan, saya adalah pemenangnya tapi kemenangan saya dinafikan,” katanya yang merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen tempatan. Susulan kekecohan itu, pihak penganjur Sekretariat APBN menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan Zhiddin berhubung dakwaan anugerahnya ditarik balik pada saat akhir. Menurut Sekretariat APBN, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan. “Tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi kerana tiada calon yang memenuhi kriteria ditetapkan. “Pengumuman semua pemenang anugerah juga hanya diumumkan ketika majlis berlangsung dan tiada pengumuman rasmi dibuat kepada mana-mana pemenang sebelum itu. “Pemenang bagi setiap kategori di bawah APBN dipilih dan dinilai oleh panel penilai yang mempunyai kepakaran dalam kategori masing-masing sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu malam. Sumber: mStar
|


fadz84 replied at 12-11-2023 04:44 PM
Anak arwah Aziz Desa yg nama Mas Zharif tu dulu penyampai berita tv9 kan? Sekali kuar ngn Hawa Rizwa ...
Suchi replied at 12-11-2023 04:31 PM
Oh nampak smlm fyp dia ni sampai nangis2
Pastu dia siap pi tanya Hannah Yeoh ngn Adam Adli tu knp t ...
ctnorpropa replied at 12-11-2023 04:45 PM
Aah nak tanya juga yg ni. Ni adik dia ke ?
fadz84 replied at 12-11-2023 04:46 PM
Menteri2 tu pun gamaknya hadir sbgai tetamu VIP utk perasmian je.. tnya dorg manalah dorg tau, bkn ...
Thunderclouds replied at 12-11-2023 04:50 PM
Maaf la.
Napak lapar 'anugerah'.
Kalo bukan sbb segan kt bapak ko, org pn teragak² nk amik ko keje ...
Thunderclouds replied at 12-11-2023 04:50 PM
Maaf la.
Napak lapar 'anugerah'.
Kalo bukan sbb segan kt bapak ko, org pn teragak² nk amik ko keje ...
Suchi replied at 12-11-2023 04:31 PM
Oh nampak smlm fyp dia ni sampai nangis2
Pastu dia siap pi tanya Hannah Yeoh ngn Adam Adli tu knp t ...
slyfynx replied at 12-11-2023 07:29 PM
Jap, retis kah?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.143527 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.