CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16271|Reply: 82

Anak Arwah Aziz Desa Terkilan Anugerah Batal Saat Akhir, Penganjur Tampil Jelaskan Tiada Pemenang Kategori Kerana Tidak Memenuhi Kriteria

[Copy link]
Post time 12-11-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Anak kepada pengacara tersohor dan juga ikon penyiaran, Allahyarham Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz meluahkan rasa sedih susulan pembatalansalah satu kategori yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan pada saat akhir bersempena Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023.


Katanya, pembatalan tersebut dibuat kurang dari tempoh 24 jam selepas dia dimaklumkan.





“Saya ada terima undangan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menerima anugerah Ikon Belia Perdana yang dirasmikan oleh Menterinya, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri (Adam Adli).


“Tapi kurang 24 jam dapat panggilan, mereka membatalkan anugerah kategori tersebut dan tiada sebarang penjelasan,” luahnya sayu.


Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa sudah berjaya melepasi kesemua saringan yang ditetapkan dan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir.


Cabaran yang dilalui itu membuatkannya dihubungi oleh pihak penganjur untuk hadir dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah.


“Saya ni dah lalui bermacam peringkat dari saringan sehingga ke akhir, tempahan busana sehingga mencecah ribuan ringgit.


“Saya minta ibu doakan untuk kemenangan dan Alhamdulillah doa ibu termakbul kerana difahamkan, saya adalah pemenangnya tapi kemenangan saya dinafikan,” katanya yang merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen tempatan.


Susulan kekecohan itu, pihak penganjur Sekretariat APBN menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan Zhiddin berhubung dakwaan anugerahnya ditarik balik pada saat akhir.


Menurut Sekretariat APBN, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan.


“Tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi kerana tiada calon yang memenuhi kriteria ditetapkan.


“Pengumuman semua pemenang anugerah juga hanya diumumkan ketika majlis berlangsung dan tiada pengumuman rasmi dibuat kepada mana-mana pemenang sebelum itu.


“Pemenang bagi setiap kategori di bawah APBN dipilih dan dinilai oleh panel penilai yang mempunyai kepakaran dalam kategori masing-masing sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu malam.








Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CikDaNdeLi0n at 12-11-2023 04:30 PM

Yih! Yg dpt tempat utk 1 kategori tuh pun meragukan segala pencapaian yg digembar gemborkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 12-11-2023 05:09 PM

Oh nampak smlm fyp dia ni sampai nangis2
Pastu dia siap pi tanya Hannah Yeoh ngn Adam Adli tu knp tp dorang pun mcm tak dapat nk bg komen apa2.

Btw knp tiru stail arwah ayah dia cth guna perkataan sedagher, guna pantun dan peribahasa bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak arwah Aziz Desa yg nama Mas Zharif tu dulu penyampai berita tv9 kan? Sekali kuar ngn Hawa Rizwana.. yg ni adiknya ye?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 12-11-2023 04:44 PM
Anak arwah Aziz Desa yg nama Mas Zharif tu dulu penyampai berita tv9 kan? Sekali kuar ngn Hawa Rizwa ...

Aah nak tanya juga yg ni. Ni adik dia ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:45 PM | Show all posts
Bagus anak2 arwah mewarisi talent ayah nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-11-2023 04:31 PM
Oh nampak smlm fyp dia ni sampai nangis2
Pastu dia siap pi tanya Hannah Yeoh ngn Adam Adli tu knp t ...

Menteri2 tu pun gamaknya hadir sbgai tetamu VIP utk perasmian je.. tnya dorg manalah dorg tau, bkn dorg pun yg terlibat ngn pemilihan pemenang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ctnorpropa replied at 12-11-2023 04:45 PM
Aah nak tanya juga yg ni. Ni adik dia ke ?

Mungkin kot.. tp elok lagi Mas Zharif tu.. ehe.. yg ni nmpk cam seshuatu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la.
Napak lapar 'anugerah'.
Kalo bukan sbb segan kt bapak ko, org pn teragak² nk amik ko keje dek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 12-11-2023 04:46 PM
Menteri2 tu pun gamaknya hadir sbgai tetamu VIP utk perasmian je.. tnya dorg manalah dorg tau, bkn ...

Huhu awat dia tak tanya kat pihak penganjur jaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:35 PM | Show all posts
Edited by sleepandream at 12-11-2023 05:37 PM

peliknya kenapa ada senarai calon, sedangkan yg dicalonkan semua tak menepati kriteria...
tak ke pelik gitu?contohnya masuk pertandingan cabutan bertuah... dpt penyertaan... pastu ttibe takde pemenang?
btw apa je hadiahnye? sponsor tarik diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia ok aje tapi kalau dah sampai ke peringkat akhir tetiba dapat berita buruk tak ke sedih. FYI aku suka cara penyampaian dia. Dari yg duduk kat meletop si blur kontrol ayu tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-11-2023 04:50 PM
Maaf la.
Napak lapar 'anugerah'.
Kalo bukan sbb segan kt bapak ko, org pn teragak² nk amik ko keje  ...

Cuba tengok content tiktok dia..budak ni talented sebelum orang tau salasilah aziz desa pun nampak jelas sangat berilmu nya. Sekarang pun dia banyak buat job mc
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:29 PM | Show all posts
Jap, retis kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:31 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-11-2023 04:50 PM
Maaf la.
Napak lapar 'anugerah'.
Kalo bukan sbb segan kt bapak ko, org pn teragak² nk amik ko keje  ...

Pernah kerja dengan dia ni. Baik budaknya, sopan. Cara bercakap pun bagus macam orang yang banyak membaca dan bergaul. Cuma ada sikit aura poyo orang muda (which is pretty common sbnrnya haha). But otherwise, he seems like a good person

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
oh baru tahu dia anak arwah
tgk dia jadi mc pun best je
kesian dia tertinggal situ sorang2..
mcm mana penganjur ni boleh call dia before event ni pstu tiber tak dpt pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 12-11-2023 04:31 PM
Oh nampak smlm fyp dia ni sampai nangis2
Pastu dia siap pi tanya Hannah Yeoh ngn Adam Adli tu knp t ...

Tak pernah dengar pun nama dia ni lalu pergilah stalk dia. Tengok tak habis satu video dia terus I block dia. Macam ni nak menang anugerah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EncikRhoma at 12-11-2023 08:47 PM
slyfynx replied at 12-11-2023 07:29 PM
Jap, retis kah?


Tv presenter kira retis la walau pun...
Baideway...semua anak2 aziz desa ni menjadi betul. Yang lelaki kacak2 semuanya. Yang perempuan cantik. Tapi dalam thread ni nampak zhiddin macam kembung pulak. Kalau tengok di tiktok, beliau agak kacak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni biasa jadi emcee bila majlis2 rasmi university..Elok je berbakat budak berpantun n berpuitis..

Dekat tiktok bdk ni famous jgk la biasa buat video teguran stitch dgn video bbnu skrg yg byk merosakkn budaya n lagu2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dia antara finalis utk kategori tu kot tapi takde yg menang anugerah tu. Organizer mintak gambar in advance sbb jwatankuasa yg uruskan stage maybe tak tau pun sape pemenang. Husnuzonnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.859780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list