Dalam satu perkongsian di laman X, pengakuan seorang wanita yang merupakan bekas 'penyondol' mencuri tumpuan ramai. Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkongsi cerita mengenai kisah percintaannya dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang begitu 'terjaga' sehingga tidak berjaya langsung dihidu oleh si isteri.
Menurut wanita berkenaan, sebagai 'kekasih gelap', dia sudah terbiasa dengan jadual giliran untuk meluangkan masa bersama lelaki berkenaan, sama ada berjumpa, berhubung menerusi WhatsApp atau panggilan telefon. "Boleh text office hour je, weekend hanya kalau dia yang contact dulu. Kalau weekend tu long weekend, tunggulah sampai hari yang working days. "Selalunya dia akan balik lewat pukul 10 malam macam tu sebab memang workaholic, so kadang-kadang aku teman dia dinner atau coffee sebelum dia balik ke pangkuan keluarga," ceritanya.
Tambahnya, tidak pernah langsung timbul perasaan cemburu di hatinya meskipun lelaki berkenaan melebihkan masa bersama isteri dan keluarganya. "Tak rasa cemburu sebab aku rasa dia lebih banyak bercerita dekat aku daripada wife dia. Lagi banyak masa spend dengan aku walaupun online je. "Lebih dapat banyak attention daripada wife dia. Banyak benda pasal dia yang aku lebih tahu daripada wife dia," ceritanya. Tidak mendedahkan berapa lama tempoh percintaan terlarang itu, wanita berkenaan berkata dia bagaimanapun akhirnya mengambil keputusan untuk mengundur diri. Ujarnya, keputusan tersebut didorong apabila timbulnya kesedaran dalam diri dan tidak mahu menanggung kifarah di kemudian hari sekiranya berterusan menjadi 'penyondol'. "Aku tak nak pun laki orang tu, aku cuma nak companionship which laki bujang luar sana boleh provide and aku tak nak rasa restricted. "Perasaan jadi kekasih gelap tu macam tak best so aku tinggalkan dia. "Lelaki tu meroyan gila sampai cari aku dekat semua tempat. Datang apartment aku, call aku banyak kali suruh turun... aku sampai ke sudah tak turun dan ghost dia macam tu je," kongsinya. Pada akhir coretan, wanita tersebut menitipkan pesanan buat kaum Hawa agar tidak menjadi seperti dirinya dan mengambil iktibar daripada kisahnya. Kisahnya yang dikongsikan di laman @meinmokhtar mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap isteri lelaki berkenaan. Sumber: mStar |
"Tak rasa cemburu sebab aku rasa dia lebih banyak bercerita dekat aku daripada wife dia. Lagi banyak masa spend dengan aku walaupun online je.
"Lebih dapat banyak attention daripada wife dia. Banyak benda pasal dia yang aku lebih tahu daripada wife dia," ceritanya.