CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kerajaan Kaji Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Putih Tempatan' - Mohamad Sabu

12-11-2023 01:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2647| Komen: 2

Ipoh: Kerajaan perlu mengkaji terlebih dulu cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini sebagaimana diutarakan oleh Badan Kawal Selia Padi dan Beras, semalam.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penelitian terhadap impak kenaikan mesti diambilkira kerana sebarang keputusan akan memberi kesan kepada hampir 300,000 komuniti yang terbabit dalam setiap rantaian iaitu pesawah, pengilang komersial, pemborong dan peruncit.


Oleh sebab itu, jelasnya, perkara itu memerlukan perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

"(Cadangan itu) sedang dibincang sebab harga (RM2.60 setiap satu kg BPT sejak) tahun 2008, jadi ada pihak katakan perlu kaji semula.


"Kena tengoklah sekiranya berlaku, pertama sekali bagaimana bebanan terhadap pesawah, pemborong, pengilang, dan pengguna. Kita (kerajaan) jadi penyeimbang.

"MOF, Kementerian Ekonomi, KPKM dan KPDN akan duduk dan bincang dengan teliti keperluan serta cara pelaksanaannya," katanya kepada pemberita pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood yang mengesyorkan kerajaan menaikkan harga siling BPT kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini demi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.

Mohamad berkata, beliau berpandangan perlu ada penyelesaian 'menang-menang' untuk semua pihak berkepentingan selain memastikan agenda keterjaminan makanan nasional sentiasa diutamakan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 15-11-2023 09:17 PM
Edited by clueless_gamer at 15-11-2023 09:19 PM

pembekal benih padi dengan baja tu ramai buat duit atas angin.. bekal item rosak / low quality dkt pesawah.. ada yg tunjuk benih tu ditabur ke atas air banyak yg terapung balik.. sbb kosong, mcm manalah pesawah nak mulakan musim baru?

bila claim dekat gomen bukan main mahal.. kes songlap ni harap dapat perhatian serious sbb ni isu national food security
[youtube]V-WHjI7CFtI[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=V-WHjI7CFtI

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.027782 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top