Petaling Jaya: One Championship bersetuju untuk menawarkan kontrak bernilai AS$100,000 (RM469,250) kepada atlet muay thai negara, Nor Iman Aliff Rakib, 19, untuk terus beraksi di pentas berkenaan.
Ia susulan kejayaan Nor Iman Aliff atau nama nama panggungnya Aliff Sor Dechapan, melebarkan rekod tanpa kalah apabila menumbangkan lawan dari Iran, Peyman Zolfaghari, semalam. Anak jati Kelantan itu merupakan bintang muay thai kedua yang berjaya mendapatkan kontrak dengan One Championship selepas Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang lebih dikenali sebagai Jojo. Jojo yang berasal dari Kuching, Sarawak sebelum ini menerima kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) selepas menewaskan lawan dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam acara ONE Friday Figh. Sumber: Kosmo! Online |
husie91 replied at 12-11-2023 02:02 PM
kenapa lagi berbaloi u cer citer
she replied at 12-11-2023 02:22 AM
Tahniah
Tazabar nak tunggu 8/12 ni
ADVERTISEMENT