|
Pelawak dan usahawan Shuib mengaku syarikat minuman yang diasaskannya, Bubble Bee berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh yang ditetapkan berikutan masalah kelemahan daripada pihak pengurusan terdahulu.
Shuib berkata, disebabkan masalah yang berlaku termasuk cabaran dalam perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) pihaknya ada membuat rundingan dengan KWSP mengenai pembayaran secara ansuran sebelum ini. "Kami akui Bubble Bee ada 'sangkut' bayar KWSP, cuma saya nak buat pencerahan apabila surat layang itu dikeluarkan seolah-olah kami langsung buat tak tahu mengenai caruman KWSP setiap kakitangan kami. "Perkara ini tidak baik dan saya nak jelaskan di sini, sejak awal tahun ini kami ada berhubung dengan KWSP serta maklumkan mengenai masalah dihadapi. "Pihak kami juga sedia maklum ada tunggakan yang perlu diselesaikan dan tidak dapat membayar serentak.
"Justeru kami ada membuat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab potongan KWSP ini adalah kewajipan syarikat. Mahu atau tidak kami perlu bayar kerana itu adalah hak pekerja," katanya dalam satu hantaran video di Instagram miliknya. Menurut Shuib, dia memohon maaf kepada semua pihak terutama kakitangan Bubble Bee yang terjejas dengan isu kelewatan pembayaran KWSP.
|
sepatutnya pihak ko inform pekerja2 yg terlibat dgn isu nie bukan block orang bila bertanya. Sapa yg tahu ko dah bincang dgn kwsp pasal kes nie.
Geram pulak bila baca statemen dia nie

3chanceno replied at 11-11-2023 08:44 AM
Dah viral baru nak kasik komen sepatutnya pihak ko inform pekerja2 yg terlibat dgn isu ...

rosevelvet replied at 11-11-2023 09:21 AM
Mcm bodonya alasan dia ni
1) silap pengurusan dulu. Dah ko pgasas dia. Salah ko je la. Ni pointing ...
pembayaran gaji yg tertunggak atau lewat camna? Dah setel? she replied at 11-11-2023 10:04 AM
Macik tengok sampai habis penjelasan dia
SAMPAH betul

she replied at 11-11-2023 10:04 AM
Macik tengok sampai habis penjelasan dia
SAMPAH betul
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.328584 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.