CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19166|Reply: 232

Shuib Akui Sangkut Bayar Tunggakan KWSP Pekerja, Kewangan Disalah Urus

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Pelawak dan usahawan Shuib mengaku syarikat minuman yang diasaskannya, Bubble Bee berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh yang ditetapkan berikutan masalah kelemahan daripada pihak pengurusan terdahulu.


Shuib berkata, disebabkan masalah yang berlaku termasuk cabaran dalam perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) pihaknya ada membuat rundingan dengan KWSP mengenai pembayaran secara ansuran sebelum ini.






"Kami akui Bubble Bee ada 'sangkut' bayar KWSP, cuma saya nak buat pencerahan apabila surat layang itu dikeluarkan seolah-olah kami langsung buat tak tahu mengenai caruman KWSP setiap kakitangan kami.


"erkara ini tidak baik dan saya nak jelaskan di sini, sejak awal tahun ini kami ada berhubung dengan KWSP serta maklumkan mengenai masalah dihadapi.


"ihak kami juga sedia maklum ada tunggakan yang perlu diselesaikan dan tidak dapat membayar serentak.


"Justeru kami ada membuat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab potongan KWSP ini adalah kewajipan syarikat. Mahu atau tidak  kami perlu bayar kerana itu adalah hak pekerja," katanya dalam satu hantaran video di Instagram miliknya.


Menurut Shuib, dia memohon maaf kepada semua pihak terutama kakitangan Bubble Bee yang terjejas dengan isu kelewatan pembayaran KWSP.


  



"Saya juga nak minta maaf kepada semua kakitangan termasuk, bekas pekerja, di atas kekurangan dan kekhilafan ini. Insya-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin kerana saya tidak mahu ada salah faham.


"Alhamdulillah kami sudah buat pembayaran kepada KWSP dengan jumlah yang tinggi, cuma menunggu untuk keputusan baki jumlah ansuran dan nilai yang perlu dibayar.


"Itulah situasi sebenar yang berlaku. Jika tulisan yang viral itu menampakkan kami buat tak tahu langsung pada potongan KWSP kepada pekerja kami adalah salah.


"Saya tak nak orang luar berasa kami ambil hak pekerja apabila tidak mencarum KWSP langsung. Perkara itu tidak benar kerana itu adalah kewajipan Bubble Bee dan saya sebagai pengasas," katanya.


  



Dalam masa sama, Shuib menjelaskan masalah yang berlaku berpunca daripada kelemahan pengurusan terdahulu.


"Sepanjang beroperasi lebih tiga tahun kami lalui saat genting. Namun Alhamdulillah kami diberi rezeki apabila kini mempunyai  lebih 300 kakitangan, tapi realiti adat berniaga pasti ada fasa turun naik. Salah satu dugaan adalah isu ini.


"Masalah ini berlaku apabila bisnes ini memasuki tahun ketiga. Saya selaku pengasas, pemegang saham dan ketua pemasaran mendapati terdapat kelemahan pengurusan di bahagian kewangan.


"Tidak dinafikan kami meraih keuntungan yang tinggi sebelum ini, tapi apabila berlaku kelemahan ini banyak hal yang terjadi.


"Jadi bermula November 2022 saya bersama seorang lagi rakan kongsi ambil alih hal berkaitan pengurusan termasuk di bahagian kewangan," katanya.






Dalam pada itu, Shuib turut menjawab dakwaan netizen yang mendakwa dia seperti mengabaikan kebajikan pekerjanya apabila sering tayang kemewahan.


"Satu benda yang kami nak tegaskan di sini ketika Bubble Bee berada pada fasa kejatuhan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19, kami tak pernah potong gaji pekerja termasuk tak pernah tak bayar gaji sejak kami beroperasi sehingga hari ini.


"Kalau ada yang kata pengasasnya bermewah-mewah, takkan saya nak cakap berapa banyak duit dari poket sendiri sudah saya keluarkan untuk Bubble Bee.


"Saya anggap ini satu dugaan dalam perniagaan. Saya dan pengurusan tertinggi perlu hadap perkara ini sebab kami percaya perniagaan ini boleh pergi lebih jauh melalui pengurusan yang betul," katanya.


Terdahulu syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan selepas tular surat terbuka daripada seorang individu tidak dikenali di aplikasi TikTok.


Menerusi kenyataan dalam surat terbuka berkenaan, Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan, namun tiada transaksi berlaku pada akaun para pekerja.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 11-11-2023 08:46 AM

Dah viral baru nak kasik komen  sepatutnya pihak ko inform pekerja2 yg terlibat dgn isu nie bukan block orang bila bertanya. Sapa yg tahu ko dah bincang dgn kwsp pasal kes nie.

Kalau ada isu nie, ko atau pihak hr tak update staff pun. Tapi sibuk tayang kemewahan sana sini  Geram pulak bila baca statemen dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak bayar langsung dengan tertunggak tu sama je level kesampahan-nya soebbb ooooiiiii. Ayat ko ni lebih kepada "sorry i got caught ". Kalau x kena viral, dia sampai mampos la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok hidup lavish lifestyle ngat tayang kat soc media konon akulah terpalingsssss
Tapi berhutang dgn staff dan pekerja
Kebajikan staff apa lagi

So pathetic
Ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 11-11-2023 08:44 AM
Dah viral baru nak kasik komen  sepatutnya pihak ko inform pekerja2 yg terlibat dgn isu  ...

Mcm bodonya alasan dia ni
1) silap pengurusan dulu. Dah ko pgasas dia. Salah ko je la. Ni pointing salah mgmnt dulu.
2) ko x bgtau staff ke psl apa lmbt n ko tgh byr? Bukan men block je org tnya.
3) kwsp yg x byr tu adalah hutang ko kt staff. Ko tunjuk mewah beli itu ini. Pi jln2 mkn2. Tp hutang ko x byr.
Ko mmg a WALKING RED FLAG
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
staff tu ckp dlm slip gaji ada potong kwsp tp duit yg dipotong tu x sampai ke kwsp ye.. kalau dh bahagian pekerja pun x dicarum, bahagian majikan lg wasalam la kan... ujung2 finance department yg incompetent jugak yg disalahkan.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwsp....sila buat statement plak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:40 AM | Show all posts
Management hg x reti meeting dgn staff ka. Bagi memo Details pasai byr ansuran etc bulan berapa dpt sekian2.
Bulan berapa jangka bayar habis ansuran. boleh cek duit masuk stat bila tertunggak semua tu.

Org buta pun boleh celik kalu bab duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli toys anak spi 10k, ada sbb Allah swt ada sebut jgn ditayang2kan kekayaan sgt sbb pasti ada sikit kesilapan sdg kau lakukan tanpa sedar.... Eerrmmm nasib Tak pernah Lyn air potong kaki ko ni!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rengsa Aku dia sebut finance
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu jgn ditayang2 sgt kemewahan yg ada…tenang2 aje…
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik tengok sampai habis penjelasan dia
SAMPAH betul

Ayat2 dia play victim pulak
Baru ambil alih pengurusan tahun ni
Baru nak perbaiki kelemahan pengurusan
Ya tuhan
Kau founder kot
Nampak sangat kau mengaku takde kuasa
Yelah sekadar tukang cuci je kan
Pelik company takde audit
Takkan tak pernah sign cheque atau penyata acc dari akauntan dan HR

Baru tahu KWSP tak dicarum
Tapi bila orang komen isu ni kat IG
Kau block kenapa?!

Tak pernah tak bayar gaji pekerja
Padahal pekerja sebut TUNGGAK dan LEWAT

Pastu buat cerita sedih
Cakap banyak guna duit sendiri nak cover bisnes
Punya pasal lah duit kau
Yang penting bayar duit pekerja
Pekerja tu bukan heran kau nak perabes berjuta pun
Bayar gaji on time
Carum KWSP
Setel
Kau nak bugil laki bini atas yatch pun deme tak jeles

Kata dah jumpa pihak KWSP
Pelik
Rasanya KWSP yang datang HQ sebab dapat report kot
Dia sebelum ni asyik block sana sini
Dah meletop gini tiber cakap dah jumpa pihak berwajib
Patut boleh je dia reply komen baik2

Sampah betul ko Soeb
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 11-11-2023 09:21 AM
Mcm bodonya alasan dia ni
1) silap pengurusan dulu. Dah ko pgasas dia. Salah ko je la. Ni pointing ...

Setuju dgn komen uols...komen sampah dia pasal isu dgn pengurusan lama, tu pun termasuk dia jugak lah    pembayaran gaji yg tertunggak atau lewat camna? Dah setel?  

Tunggu kwsp komen, jgn duk diam je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bod** punya alasan. Tak kisah la sale kau turun naik ke apa. Gaji pekerja tetap kena bayar! Itu hak pekerja. Kau nak gadai harta ke apa ke tu kau punya pasal. Kemain tunjuk lavish lifestyle tapi gaji caruman kwsp pekerja pun tak bayar. Cuba jadikan KhairulAming tu sebagai contoh. Hidup sederhana je tapi selalu buat staff happy. Bos macam KA ni la ramai orang nak kerja dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 11-11-2023 10:04 AM
Macik tengok sampai habis penjelasan dia
SAMPAH betul


Betul apa yg uols komen...betul2 play victim & tak menjawab tentang pencaruman yg tak dibuat & lewat bayar gaji.

Yg gi block orang merata tu apa hal? Pihak pengurusan konon termasuk dia lah, mungkin tak kasi hr update staff sampai ke viral. Tapi sempat viral kemewahan dia tu  camna ko spend duit untuk peribadi, staff tak nak tahu, yg penting gaji harus bayar
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Liquidify and jual apa yang boleh untuk bayar hutang staff tu dulu. Gila berhutang kwsp orang. Also kata dah bayar dalam jumlah yang tinggi. Tapi staff tak dapat pun??  Also baki jumlah yang perlu dibayar pun KWSP pulak yang kena advise. Kau takde rekod payroll ke sekian sekian ramai staff. Korang kalau nak cari kerja, elakkan la kerja kat syarikat macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mak shuib tk de bekap anak ke..
kan ke anak dia yang terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah lain kali nak cuci duit buka dobi layan diri je kan senang. Upah sorang pekerja je jaga dobi. Buka kedai makan/minum ni susah. Nak upah ramai pekerja lepastu kedai dah tak laku tapi kaya raya pun boleh mengundang syak wasangka lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 11-11-2023 10:04 AM
Macik tengok sampai habis penjelasan dia
SAMPAH betul


sbb malas nak komen pagi2 cuti ni,
saya SETUJU semua komen makcik.

SAMPAH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewa cinema 1 hall ada pulak duitnya. Lenkali sebelum subuh sebelum bini pakaikan stokin, bagi briefing apa yg bole show off, gambar mana yg bole upload, cerita apa yg bole keluar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.162782 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list