|
Mas Idayu membuat kejutan untuk suami Muhammad Sufian Che Isa sempena sambutan hari lahirnya. Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkunjung ke studio program Muzik-Muzik di Glenmarie Shah Alam dengan bantuan hos Famili Duo 3 (FD3) iaitu Izzue Islam bagi menjayakan kejutan tersebut.
"Hari ini 9 November (Khamis) suami saya punya hari jadi. Mumm pergi ke studio Muzik-Muzik. "Umpan dia dengan kek kecil dahulu, lepas itu baru keluar kek besar! Terima kasih Izzue pandai jalankan kewajipan," katanya dalam video yang dimuat naik. Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bersama kru produksi program berkenaan membawa sepotong kek sambil menyanyikan lagu hari jadi kepada Sufian yang juga penerbit eksekutif TV3.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.105155 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.