View: 1996|Reply: 6
|
"Terima Kasih Darling," Romantiknya Mas Idayu, Bawa Kek Buat Kejutan Pada Suami
[Copy link]
|
|
Mas Idayu membuat kejutan untuk suami Muhammad Sufian Che Isa sempena sambutan hari lahirnya.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkunjung ke studio program Muzik-Muzik di Glenmarie Shah Alam dengan bantuan hos Famili Duo 3 (FD3) iaitu Izzue Islam bagi menjayakan kejutan tersebut.
Foto: IG
"Hari ini 9 November (Khamis) suami saya punya hari jadi. Mumm pergi ke studio Muzik-Muzik.
"Umpan dia dengan kek kecil dahulu, lepas itu baru keluar kek besar! Terima kasih Izzue pandai jalankan kewajipan," katanya dalam video yang dimuat naik.
Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bersama kru produksi program berkenaan membawa sepotong kek sambil menyanyikan lagu hari jadi kepada Sufian yang juga penerbit eksekutif TV3.
Tidak lama selepas itu, Mas muncul membuat kejutan dengan membawa sebiji kek dengan nyanyian lagu hari jadi.
Selepas Sufian, 51, meniup lilin kek, pasangan itu dilihat berpelukan dan Mas sempat memberikan kucupan terhadap suaminya itu.
Sufian turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta dan rakan-rakan kerana mengingati hari lahirnya.
"Terima kasih darling... Terima kasih kawan-kawan sebab ingat birthday saya," ujarnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemesraan yang ditunjukkan juri tetap FD3 itu dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.
"Saya pula yang tersipu-sipu tengok Mummy dan Daddy (panggilan Sufian) beraksi romantik.
"Terima kasih darling. Sukanya dengar kalau suami panggil isteri macam tu. Semoga berkekalan ke akhir hayat," tulis netizen.
Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September tahun lalu. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
fashiunnnn burung merak ke kat atas tu
lupa pulak mami ni dah kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm charming je somi mas idayu ni, hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
patutla haussss rancangan hiburan dkt tv3 la ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
I really like the information you share. Thanks to that, I know many more interesting slope and useful things. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sisi manja dgn penyayang mummy kt lakinya.. selalu kita dimomokkan dgn imej garang mummy je kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|