Yuna Rahim, 27, bangga mengusahakan perniagaan rempeyek kecil-kecilan dari rumah. Sebenarnya sudah lama dia berhasrat membuka perniagaan sendiri, namun baru sekarang dia berani mengusahakan makanan di bawah jenama Yuna Cips berkat bantuan ayah yang juga seorang cef.
“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang. “Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya kepada Utusan.
|
ADVERTISEMENT