View: 3327|Reply: 4
|
Yuna Rahim Bangga Jual Rempeyek Homemade "Saya Bukan Datang Daripada Keluarga Yang Senang"
[Copy link]
|
|
Yuna Rahim, 27, bangga mengusahakan perniagaan rempeyek kecil-kecilan dari rumah.
Sebenarnya sudah lama dia berhasrat membuka perniagaan sendiri, namun baru sekarang dia berani mengusahakan makanan di bawah jenama Yuna Cips berkat bantuan ayah yang juga seorang cef.
Foto: IG
“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.
“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya kepada Utusan.
Bercerita mengenai proses awal peniagaan, Yuna memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.
Kini, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan sangat menggalakkan.
“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Jika saya sibuk menjalani penggambaran, dia juga yang akan masak tempahan rempeyek untuk saya.
“Lagi pula orang tua suka rempeyek. Mereka yang banyak sokong saya,” katanya lagi. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kalau ckp kakak si leona mmg aku percaya..
iras2 muka depa..
bagus kak job berlakon pn tak tau sampai bila...
ada cabang lain boleh buat teruskan jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni kurus dan muda tapi ketara juga double chin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah berusia ek dia.. ingat masih teenage lg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|