CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Bukan Suka-Suka Kongsi,"- Ibu Mangsa Terkilan Jika Dihukum Sebab Dedahkan Kes Buli Di MCKK

10-11-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6949| Komen: 45

Kuala Lumpur: "Apa yang saya lakukan sebelum ini berkenaan insiden buli itu bukan untuk suka-suka.

"Saya berharap pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memahami situasi dan tindakan itu kerana saya mahu suasana persekitaran yang lebih selamat bukan saja untuk anak saya tetapi semua pelajar terutama junior," kata ibu mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak.


Wanita itu yang enggan dikenali mengakui terkilan jika dia antara individu yang akan diambil tindakan undang-undang oleh PIBG sekolah berkenaan susulan perkongsiannya di media sosial mengenai insiden buli membabitkan anaknya.


Gambar Hiasan

Namun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang notis mengenai perkara itu dan mengakui tidak mengetahui dengan jelas termasuk siapa individu yang bakal diambil tindakan itu.

Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya membantu mereka untuk memastikan persekitaran sekolah lebih selamat bukan saja untuk anaknya, malah untuk semua pelajar kerana ketika kejadian beberapa individu itu didakwa memanggil semua pelajar tingkatan empat.


"Saya tidak pasti mengenai perkara itu (tindakan undang-undang) dan tak dapat nak mengulas lanjut mengenainya tetapi saya sudah mendapat panggilan daripada pihak polis untuk memberi keterangan.

"Sebagai ibu, saya terkilan kerana pihak berkenaan (PIBG) mengambil tindakan seperti itu," kepada Harian Metro.

Tambahnya dia dan keluarga sentiasa bersedia bertemu dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan masalah berkenaan secara tuntas demi menuntut keadilan untuk anak lelakinya.

Katanya, dia juga berterima kasih dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dan pihak KPM yang mengambil maklum kejadian itu, namun setakat ini pihak berkenaan belum menghubungi mereka untuk sebarang pertemuan.

"Kami juga berharap dapat bertemu Timbalan Menteri dan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) bila-bila masa serta mendengar sendiri daripada menteri mengenai isu ini kerana selama ini pihak berkenaan giat melakukan kempen anti buli.

"Kita juga ada dengar konsep 'you touch you go' (anda buli, anda akan disingkir) dan kalau awal ia dipraktikkan mungkin kita boleh 'move on' (sekali gus tidak bimbang kejadian sama akan berulang)," katanya.

Mengenai anaknya, wanita itu memaklumkan keadaan remaja lelaki berkenaan baik namun mengakui anak agak tertekan dengan isu berkenaan kerana ada maklumat yang dikeluarkan mengenai perkara itu tidak benar.

"Anak beransur sihat dan dia juga agak sedih kerana ada yang mendakwa dia buat itu, buat ini tetapi ia tidak benar.

"Kami mahu ulas pun bimbang ia akan menjadi lebih besar jadi kami serahkan semua kepada pihak berkuasa.

"Anak sayangkan sekolahnya dan dia sudah rindu ke sekolah dan berjumpa rakan. Justeru saya sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan adil dan cepat," katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 MCKK mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian media sosial selepas anaknya yang berusia 16 tahun didakwa dibuli pelajar senior sehingga menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, PIBG MCKK meluahkan kekesalan terhadap tindakan penularan itu dan kemudian media melaporkan pihak terbabit dan beberapa ahli keluarga pelajar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pemilik akaun media sosial selepas didakwa memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan fakta tidak tepat mengenai isu institusi itu.

KPM turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terbabit dengan kes buli berkenaan dan sentiasa terbuka untuk bertemu ibu bapa atau waris pelajar berkenaan sekiranya mereka mahu berbuat demikian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 10-11-2023 03:07 PM
Apa lah susah sangat sampai nak ke KPM, Timbalan Menteri, Menteri, Polis.. pembuli memang dah dibuktikan bersalah.. ini fakta sebab hukuman dah pun diberikan cuma hukuman tak setimpal dengan kesalahan.. kalau dah ada polisi you touch you go.. execute je lah.. buakpe nak buang masa pegawai KPM, Menteri, Polis... macam lahabau..
Quote pokokmeranti 10-11-2023 03:08 PM
kes nak jaga imej sekolah sehingga ada yg murid terus menjadi mangsa. itu sbb kes buli x pernah selesai. ada pelindung dari kalangan guru dan pibg sendiri
Quote kaseh80 10-11-2023 03:18 PM
Stand for your Rights
Quote Lentera 10-11-2023 03:50 PM
Aku doa kan si pembuli tu tiber jadi cacat. Pastu pengetua yg tak berlaku adil tu tiber senget mulut sebelah. Pibg yg nak tutup kes dgn cara bayar pampasan tu pulak tiber tgn kanan dia kena carpal tunnel. Kemain lagi korang ye. Mentang2 yg dibuli tu marhaen
Quote Nuyak 10-11-2023 03:53 PM
dengarnya ank dia punca di buli...dia hisap vape, kena tegur dia ugut orang...hujung2 dia pulak jadi mangsa...memang meragukan cerita ni sebenarnya...
Quote Thunderclouds 10-11-2023 04:04 PM
Jahat tara mna pon yg dipukul.. Doesn't justify yg sakan naik kaki tgn sampai budak tu hospitalised.
Guru displin yg hukum stoden sampai luka pn leh kna tangkap pulis tau.
Quote zehra2 10-11-2023 04:11 PM
pd aku ler ini semua akibat dari kelemahan barisan pentadbiran sekolah. kalo budak f4 tu mmg ada buat salah hisap vape ke, mencuri ke.. ko buang skolah je siap2 dulu.
tp skrg, nasi dah jd bubur.  benda dah jd lebih buruk lg. nk sorok tang mana lg.
Quote sharfox 10-11-2023 04:23 PM
Edited by sharfox at 20-11-2023 01:21 AM
Nuyak: dengarnya ank dia punca di buli...dia hisap vape, kena tegur dia ugut orang...hujung2 dia pulak jadi mangsa...memang meragukan cerita ni sebenarnya...

Ini hanya part of the story. Meh aku bagi sikit lagi part...lepas ni sapa2 yg lain boleh la tambah part lain pulak drp story ni. Budak tu mmg ada masalah bila dia sendiri buat masalah. Kes vape dia tu kantoi dan vape tu dirampas. Dia ni pulak nak tunjuk hero gi ambik balik vape yg dirampas tu )cerita dia panjang tapi diringkaskan dia gi gung ho la ambik balik). Kau tu junior, nak tunjuk kepala pulak bila dah buat kes, kau hingat kau tu sapa? ...OK sapa2 nak sambung silakan.
Quote prettyuglybabe 10-11-2023 04:23 PM
puan, precident mangsa buli saman pembuli dah ada..
sila cari lawyer yang handle kes tu..
then masuk saman..
medical report semua ada kan..
mesti laju lawyer tu buat kerja..
Quote Apoo 10-11-2023 04:54 PM
zehra2 replied at 10-11-2023 04:11 PM
pd aku ler ini semua akibat dari kelemahan barisan pentadbiran sekolah. kalo budak f4 tu mmg ada bua ...

Setuju. Klu betul gossip yg perangai budak f4 tu teruk, based on kesalahan yg dia dah buat, budak tu boleh dihukum buang sekolah dah.

Klu budak f5 tu ambil tindakan sendiri pukul budak f4 sbb sekolah tak ambil tindakan, sepatutnya pengetua patut letak jawatan atau ditukarkan.
Quote mikasa 10-11-2023 05:53 PM
sharfox replied at 10-11-2023 04:23 PM
Ini hanya part of the story. Meh aku bagi sikit lagi part...lepas ni sapa2 yg lain boleh la tambah ...

Semua berbalik kepada kelemahan sekolah handle kes  disiplin pelajar dari awal. Nasi dah jadi bubur. Sekarang f5 tu jadi tumpuan sebb dia dah pukul junior.
Quote mikasa 10-11-2023 06:00 PM
prettyuglybabe replied at 10-11-2023 04:23 PM
puan, precident mangsa buli saman pembuli dah ada..
sila cari lawyer yang handle kes tu..
then masuk ...

Berbaris lawyer tunggu nak ambik kes ni
Quote kakacantikkan 10-11-2023 06:02 PM
Apoo replied at 10-11-2023 04:54 PM
Setuju. Klu betul gossip yg perangai budak f4 tu teruk, based on kesalahan yg dia dah buat, budak  ...

itu la dia..walau salah apa pun bdk F4 tu..kenapa amik keputusan sdiri..cikgu tangkap call mak bapak then gantung sekolah jela..F5 tu sape nk pukul2 anak org..dia pun taraf pelajar je kat sekolah tu..sama je taraf dgn bdk F4 tu..F5 F4 ni beza sthn je..derang ni for me sebaya saja..

esok masuk uni masuk keje lg la beza umur byk gila jd colleague derang..itu pun tidak lah dibenarkan senior di tempat keje yg da 10thn keje membuli junior yg baru sthn msk keja..no is a no jugak
Quote krustykrab 10-11-2023 06:18 PM
sharfox replied at 10-11-2023 04:23 PM
Ini hanya part of the story. Meh aku bagi sikit lagi part...lepas ni sapa2 yg lain boleh la tambah ...

Muka budak tu nmpk mcm budak baik je..tak sangka pulak selevel pembuli
Quote Firenzza 10-11-2023 06:34 PM
mikasa replied at 10-11-2023 05:53 PM
Semua berbalik kepada kelemahan sekolah handle kes  disiplin pelajar dari awal. Nasi dah jadi bubu ...

So bdk f5 tu dh amik alih tugas pengetua/guru disiplin la
Quote mikasa 10-11-2023 07:21 PM
Firenzza replied at 10-11-2023 06:34 PM
So bdk f5 tu dh amik alih tugas pengetua/guru disiplin la

Bukan ambil alih. Pandai2 buat peraturan sendiri. Konon dah senior boleh buat suka hati
Quote Tinot7 10-11-2023 09:00 PM
Firenzza replied at 10-11-2023 06:34 PM
So bdk f5 tu dh amik alih tugas pengetua/guru disiplin la

Sejak bila budak bleh amik alih tugas guru/guru disiplin/pengetua?

Budak tu tetap salah. Hangpa dlm ni yg dok beking budak yg pukui budak lain, pastu hampir terlepaih sbb pak pibg, dok main ragbi skolah, kena mula muhasabah diri.. sejak bila pukui itu dibenarkan? Hangpa dah lupa ka kes upnm?

Kalau budak F4 tu vape ka apa, kalau kesalahan skolah, awat tak report kat guru jah? Biaq guru tentukan hukuman utk bebudak yg langgar peraturan skolah.. kalau budak tu react dgn merosakkan reta benda, ambil tindakan yg sewajarnya, bknnya amik semua dlm tangan sendiri dan pukui..

Iols dah lama tak dok skolah tapi bila ada yg beking pukui, buli dan ragging itu ok, iols takleh terima.. hangpa yg dok beking menda mcm ni twisted tapi tak sedar diri..
Quote Firenzza 10-11-2023 09:04 PM
Tinot7 replied at 10-11-2023 09:00 PM
Sejak bila budak bleh amik alih tugas guru/guru disiplin/pengetua?

Budak tu tetap salah. Hangpa d ...

Ada sis....cth kadet pulis
Quote Nurul8001 10-11-2023 09:06 PM
Budak tu hisap vape atau tak, biarla sekolah yg hukum. Kenapanya sampai nak pukul anak org teruk2. Teringat kes kat UPNM Tu yg kononnya curi laptop? Laptop meptop, bunuh anak org tetap salah. Hujung2 takde buktipun laptop kena curi.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067619 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top