Seorang individu dikenali Fia Hafiz, berniat baik mahu belanja sekali orang yang beratur di belakangnya ketika membeli nasi lemak. "Tengah beratur nasi lemak, kemudian giliran aku... aku order.
"Kemudian dengar orang belakang (lelaki) order satu nasi lemak. Jadi masa nak bayar, aku cakap dekat akak tu untuk bayarkan sekali orang belakang," luahnya. Namun sadisnya lelaki terbabit bersuara dan segera menolak hasrat individu yang mahu membayarkan harga nasi lemaknya itu. Apa yang dikesali adalah cara lelaki berkenaan menolak niatnya untuk bersedekah. "Eh tak apa... saya takut sumber tak halal," ujar lelaki terbabit. Kata-kata sinis lelaki itu membuatkan individu berkenaan dan peniaga di kedai tersebut terkejut. "Aku tergamam. Aku senyum kelat, terus akak (peniaga) tu cakap dekat aku 'tak apa dik, akak belanja awak... awak yang belakang tu pun tak payah bayar, ni sumber halal'," ceritanya lagi.
Individu yang berusia 28 tahun itu mengakui sedih dan pada masa sama berasa malu untuk berhadapan dengan pembeli lain. Malah kata-kata lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi di Bangi, Selangor itu masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya sehingga kini. Namun ia yang bekerja sebagai jurucakap sebuah agensi pengurusan pempengaruh media sosial menzahirkan rasa syukur kerana peniaga nasi lemak berkenaan segera menjernihkan suasana. "Dia betul-betul berada di belakang saya dan di belakangnya masih ramai lagi sedang beratur. Saya harap mereka tak dengar. "Memang saya selalu belanja orang, kadang-kadang sedekah sejadah pada rider dan beri makanan. Hari ini (Khamis) niat beli nasi lemak tu untuk dua orang staf dan saya sendiri. Tapi selepas insiden tu, saya berikan semua kepada staf... rasa terkilan nak makan," katanya kepada mStar. Luahannnya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya berasa sedih kerana niat baiknya dipandang hina oleh individu yang disifatkan sebagai sombong dan tidak beradab. Di ruangan komen, beberapa individu yang dipercayai rakan-rakannya tampil memberikan kata-kata semangat. "Mesti brother tu terkedu kena smash indirectly dengan akak nasi lemak. Tu balasan bagi orang yang sombong, tak apa Fia... jangan ambil hati. "Kalau aku pun tergamam sebab terkejut, tak ada sesiapa yang boleh jangkakan 'jawapan' balas seperti itu. "Mengenali you, I memang tahu you suka tolong orang dan sedekah," ujar beberapa kenalannya. Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan komen positif dan mendoakannya supaya terus dimurahkan rezeki. "Sekalipun daripada sumber yang haram, kalau si penerima tak tahu... tak ada masalah pun nak makan. Inikan daripada kakak cantik. "Dia missed banyak benda, satu konsep bersangka baik. Kedua, menerima sedekah even daripada sumber syubahah adalah harus. Kalau sungguh tak mahu, tak salah tolak elok-elok. "Sangat biadab! Nak terima atau tidak orang belanja tu biarlah beradab. "Memang ada orang kat dunia nia dia fikir dia terpaling suci, terpaling tak ada dosa," tambah beberapa warga maya lagi. -CARI Sumber: mStar
|
_blackbird replied at 10-11-2023 01:28 PM
First of all, bukan semua org suka terima pemberian especially makan dari strangers. Aku personally ...
mejaputih replied at 10-11-2023 01:59 PM
baru nk tanya Fia ni laki ke pompuan?
_blackbird replied at 10-11-2023 01:28 PM
First of all, bukan semua org suka terima pemberian especially makan dari strangers. Aku personally ...
darkness replied at 10-11-2023 12:39 PM
Patut pun org tu ckp mcm tu. Sebab ko sendiri pun nmpk mcm perempuan tp lelaki. Itu yg patut ko muha ...
ADVERTISEMENT