|
Zizan Nin menafikan dakwaan dia menghidap kanser gara-gara berimej botak. “Saya tak ada kanser, setiap tahun saya jalani pemeriksaan kesihatan dan Alhamdulillah, memang tiada kanser. Cuma kolesterol saya sangat tinggi.
“Gambar saya membotakkan kepala diambil ketika penggambaran filem Roxy dua tahun lepas. Saya sebenarnya kena pakai rambut palsu, jadi rimas dan gatal kepala. Itu yang saya botak terus. “Berkenaan kolestrol, saya kena jaga pemakanan tetapi bila terlebih jaga, itu yang kurus. Sekarang tahap kolesterol saya masih perlu dipantau. “Saya ada mengambil ubat kolesterol sekitar 2014 tetapi selepas dua tahun, saya berhenti dan jaga pemakanan dengan lebih ketat sehingga sekarang. Susah nak turun kolesterol, sebab genetik mungkin,” katanya kepada XTRA.
|
idril replied at 10-11-2023 12:26 PM
geli la tgk gmbr mencangkung tu... tak cek dulu ke short tu camner before upload?
Lavender_Violet replied at 10-11-2023 01:56 PM
Hahaha.....tergelak meols
Knp dgn short tu chuolsss???
Ke situ pulak tertancapnya mata chuols khen ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.313085 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.