Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberikan amaran kepada netizen yang mempertikaikan tindakan meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua.
Menerusi perkongsian di IG Story, seorang netizen yang mendakwa dirinya masih ‘merentan’ selepas meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua. Individu itu juga mendakwa dia terlalu sibuk dengan dunia ‘glamour’ sehingga sanggup menamakan ibunya sebagai penjaga kedua kepada anak-anaknya, Humairah dan Umar. “Kita simpan buat bukti siapa yang merentan, dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la..Ada batas nak kena jaga?
"Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. Saya bukan Shuhada yang dulu, yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” kata Shuhada Sekadar info, Shuhada dan Hafidz pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Humairah dan Umar. Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah memutuskan lafaz cerai talak satu Hafidz terhadap Nurul Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT