Penyanyi, Shalma Eliana, 23, mendedahkan dirinya mengalami masalah kemurungan yang melampau sehingga kehilangan selera makan dan tidak mampu fokus dalam apa juga perkara dalam hidupnya.
Menurut Shalma atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen, keadaan itu dialaminya semasa berada di United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran dan tekanan yang dihadapi membuatkan dirinya sukar untuk berfikiran positif. “Saya alami kemurungan yang agak melampau, mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik namun saya gagal. Hanya mampu menangis. Tak boleh makan, tak boleh fokus apa-apa, tak tahu macam mana nak jadi positif lagi di sini.
“Saya buang semua individu toksik dari hidup saya demi ketenteraman hati. Tapi kemudiannya saya rasa sangat sunyi. Tiada siapa dapat diharapkan kecuali diri sendiri.
“Ternyata, menganjak dewasa ini sangat berat. Saya sedang mencuba sehabis daya untuk belajar hidup berdikari supaya boleh membanggakan diri dan keluarga. Tetapi, saya juga berperang dengan diri sendiri dan selalu berasa apa yang saya buat masih tak cukup,”katanya.
|
AmandaRollins: Aq rasa dlm byk2 retis yg clai ...
missyL replied at 9-11-2023 08:22 PM
Ank orka msia suke belajar kt uk kan
jambatannetizen replied at 9-11-2023 07:28 PM
She ni self sponsored ka?
GincuPurple replied at 11-11-2023 01:13 PM
Mak bapak dia la yg sponsor..
jambatannetizen replied at 11-11-2023 01:42 PM
Mau spend 100k setahun di UK
nw111 replied at 13-11-2023 03:27 PM
More...100k tu kalau ikut cukup mkn byr sewa bilik n mkn je.. kalau duduk London, sewa pun x brp n ...
jambatannetizen replied at 13-11-2023 03:36 PM
rasenye duduk luar london dgn london sama je lebih kurang ke?. tapi adik badik shalmaa ini jenis y ...
ADVERTISEMENT