CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik Pia Dedah Dikhianat Bosskay, Dakwa Pernah Dihalau Keluar Rumah Dan Nama Dibuang Dari Syarikat

9-11-2023 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5059| Komen: 20

Sebelum ini Cik Pia mendakwa bekas suaminya, Boss Kay culas memberikan nafkah kepada anak-anak yang berada di bawah jagaannya.

Terbaharu,  Cik Pia yang tampil berkongsi semula pengorbanan yang pernah dilakukannya bagi menaikkan nama syarikat milik bekas suaminya yang kini suami kepada pelakon Tash Yong itu.


Katanya dia telah pun melakukan pelbagai inisiatif untuk membangun serta menaikkan nama syarikat kepunyaan Boss Kay sejak dari tahun 2015.




"Ni saya tak buka aib ya tapi ini adalah kebenaran. Aib itu benda yang buruk tapi ini (apa yang saya nak cakap) adalah benda yang baik.

"Saya menaikkan Boss Kay punya syarikat sampailah ada kilang, ada kedai, ada pekerja dan sampailah perniagaan tu berjaya korang. Saya buat live hari-hari, saya bekerja, dan korbankan masa saya pagi petang siang malam.

"Siapa yang tahu tu tahu lah, akan nampak betapa berjuangnya saya sejak dari tahun 2015 untuk menaikkan nama syarikat Boss Kay tu.


Namun pengorbanan yang dibuat Cik Pia tidak mendatangkan hasil buatnya apabila dia mendakwa dirinya dibuang dari syarikat bahkan dihalau keluar dari rumah selepas penceraiannya yang pertama.

"Tapi saya dibuang, ditendang keluar dari syarikat. Sakit tak korang rasa? Waktu itu selepas penceraian kami buat kali pertama.

"Saya ditendang keluar dari syarikat sehelai sepinggan bahkan saya ni dihalau dari rumah yang saya duduk sebab syarikat tak bayar rumah tu.

"Korang, anak saya masih kecil waktu itu dan saya memang tak ada apa-apa."

 Cik Pia memaklumkan dia kemudiannya bangkit sehinggakan berjaya menghasilkan produknya sendiri.

Sehinggalah bekas suaminya itu datang semula dalam kehidupannya sebelum menghancurkan kejayaan yang dikecapinya sendirian buat kali kedua.



"Saya berjuang, bangkit balik dan bina kerjaya saya sehinggakan berjaya buat produk sendiri sampailah Boss Kay datang balik dalam hidup saya dan musnahkan sekali lagi segala-galanya.

"Pada mulanya tadi, saya bina syarikat dengan dia tapi lepas itu dia buang saya macam itu sahaja. Sakit sangat korang, mak ayah saya malu.

"Kali kedua pula saya bodoh bagi dia peluang sampaikan ramai orang marah. Followers saya waktu tu memang marah sebab bagi peluang dekat Boss Kay.

Saya pernah bercerai dengan dia tapi saya bagi dia peluang buat kali kedua dan sewaktu itu saya tengah naik dengan produk skin cara dan sebagainya.

"Tapi sayang sekali lagi peluang yang saya bagi tu disia-siakan. Dia makan duit saya, dia habiskan duit dalam akaun saya dan dia ada perempuan lain."

Di akhir perkongsian tersebut, Cik Pia menjelaskan bahawa apa yang dikongsikan itu bukanlah tiket untuknya meminta sokongan daripada orang ramai tetapi ia adalah pengajaran untuknya.

Apa yang disuarakannya adalah untuk mempertahankan haknya sebagai seorang wanita.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Cik Pia yang terpaksa berdepan dengan dugaan sebegitu rupa.

Mereka juga menitipkan kata-kata semangat buat wanita itu agar terus kuat menempuhi segala cabaran dan jangan pernah mengalah dalam mempertahankan haknya sebagai seorang wanita. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 9-11-2023 10:41 AM
Ala cik pia..ko pun penyondol juga kan? Skrg rasa le apa yg bini pertama rasa dulu..peh ni si minah muka penyet ni pula dpt kurma..bosskay ni entah bila nk dpt kurma selagi ada betina2 penyondol mmg sedap la idop dia..cuba la org perempuan ni semua bersatu hati jgn sakitkan hati sesama kaum..mmg sampai kiamat la jantan tak guna ni garu totei sorg2
Quote missyL 9-11-2023 10:45 AM
Cik pia ni 24 jam Live ke
Penat tgok

Drpd dok cite gini baik kumpul bukti masok court
Ade jgk pekdah
Quote prettyuglybabe 9-11-2023 11:10 AM
kurma sondol.. sedap ke?
Quote imanda 9-11-2023 11:20 AM
kdg kalo kita baca kisah sedih org ada yg smp ke hati so kita jd kesian dan sbgnya tp nape ehh ati i hitam lak baca kisah sheols ni mcm oh yeke? ok. mcm xde rs apa2 pon.
Quote sleepandream 9-11-2023 11:46 AM
pastu? boleh je kan tuntut harta sepencarian....
Quote anggeriklatifah 9-11-2023 11:52 AM
PADAN MUKA KAU CIK PIA



KAU PENYOONNDDOOOLLLL KAN DUULUUUU



HAHHHH...RASAAAAAKKAAANNNNNN.....

Quote adra5028 9-11-2023 04:06 PM
da ko sendiri gatai nak balik semula dengan BK tu kan..org da nasihat da dulu jangan jangan..tapi tu la ko gatai..lepas tu BK buat ko lagi sekali baru nak sedo..alhamdulillah la sedo juga..
Quote Antifake 9-11-2023 04:52 PM
Ex bini no 1 rilek aje. Mendapatla BK ex meroyan bukak semua dalam kain
Quote dewi_rina 9-11-2023 05:19 PM
Nasiblah ko lah cik pia, dulu bini no 1 sedih2 ko elok happy buat live makan ulam, makan terung, mkn daging
Quote dewi_rina 9-11-2023 05:22 PM
Cik pia masa kawin dgn bk pun bukan anak dara pun, mak jan jugak kan.. Ada anak lelaki, skrg baru dia up anak dia.. Besar dah budak tu 9-10 tahun agaknya
Quote hollahop 9-11-2023 09:08 PM
Penyondol yg tersakiti.
Quote LadyCarefree 9-11-2023 10:56 PM
Diorang ni retis ke?
Quote sukacactus 10-11-2023 06:40 AM
Pasal tash yong tu retis sekadar di pinggiran pun ko bleh masuk board sini ye
Dah kata rajin buat live, masuk la kat board personaliti media sosial tu
Aku haram xkenal pun dia ni
Sebab dah masuk board retis, dah aku terpaksa baca skali
Quote True-X 10-11-2023 07:23 AM
dia ni sapa?.. boss kay ni sapa?
Quote bynroslan 10-11-2023 09:42 AM
Camne eh orang boleh percaya dengan jantan serupa gini? Boss, king, Mr dan tah pape lagi nama bs diorg ni pakai memang tak kuaso den nak amik tau. Mesti hujung2nya poyo je lebih
Quote mamajawie 10-11-2023 10:13 AM
ni cik pia dj tu ke?who are yuss dorang ni
Quote abangadek 10-11-2023 10:19 AM
Nk simpati kat penyondol? Lambertttt lg
Quote abangadek 10-11-2023 10:21 AM
Tersakiti betul hidup ngko eh.. tak habis2 dgn boskay, dh tau jantan tu takleh pakai move on plish
Quote Lavender_Violet 10-11-2023 02:40 PM
Selayaknya lah kau dpt kurma sebegitu
Dasar penyondol!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.374538 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top