CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Budak Ijat Dah Tak Nak Ulas Semua Isu, Tak Semua Pendapat Peribadi Perlu Kongsi Pada Umum

8-11-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2536| Komen: 20

Penerbit dan pengarah terkemuka tanah air, Shahrulezad Mohammedin,51, mengakui kini sedang mendidik diri supaya tidak lagi terlalu lantang mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu isu di media sosial.


Menurut Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, tindakan itu dilakukannya secara perlahan-lahan selain menyedari tidak semua pandangan peribadi harus dikongsikan kepada umum.



“Saya sedang didik diri supaya tidak terlalu menganggap bahawa semua benda yang lintas di ‘timeline’ media sosial wajib untuk saya bagi pendapat. Ya, suatu ketika dahulu saya rajin bagi pendapat.


“Rajin tulis panjang-panjang dan semua isu saya nak ulas. Tetapi zaman itu mungkin dah berlalu. Sekarang ini saya seboleh mungkin tak nak cakap atau luahkan pendapat peribadi.


“Status jadi tular sudah tidak mengujakan saya. Rasanya, makin banyak saya bercakap, makin terserlah kedangkalan diri. Kalau saya nak cakap sesuatu pun sekarang, saya cakap dengan kawan-kawan di Whatsapp group tertentu saja yang sependapat dengan saya,”katanya.


Shahrulezad berkata demikian dalam satu perkongsian yang dimuat naik dk Facebook hari ini.


Jelas pengarah drama Takdir Yang Tertulis dan Cina Buta ini, pendapatnya dirasakan tidak sesuai buat semua pihak disebabkan perbezaan taraf dan sosial masing-masing.


“Disebabkan itu, saya tak nak menambah kebencian orang dengan menjadi seseorang yang terlalu vokal. Mungkin sesekali saya akan bersuara jika ia isu penting, contohnya isu Palestin.


“Sesekali saya akan kongsikan aktiviti kerja contohnya projek drama Khunsa. Saya rasa kena beritahu juga serba sedikit perjalanan kerjaya bagi mereka yang minat nak tahu.


“Pasal gosip-gosip rumah tangga atau peribadi rakan lain, saya tak suka nak cakap secara terbuka. Saya cuba untuk tidak masuk campur urusan peribadi mereka. Kalau ada yang rasa ini masanya untuk ‘unfollow’, saya tak kecil hati,”katanya.


Dalam pada itu, tambah Shahrulezad, dia juga sedar usia yang bakal menginjak ke angka 52 menjadikan dirinya berusaha untuk tidak memikirkan keseronokkan dunia semata.


“Hiruk pikuk dunia dah tak jadi satu keseronokkan untuk saya turut serta. Umur begini sebenarnya dah patut fikir pasal mati dan apa bekalan serta peninggalan kebaikkan yang patut saya tinggalkan.


“Bukan dosa yang berpunca dari berkata yang bukan bukan dan yang mungkin mempengaruhi kalian.


“Saya mohon semua jangan lihat saya sebagai seorang idola atau apa. Anggap saja saya rakan, abang atau pakcik anda dan doakan supaya Allah kurniakan ilham dan idea yg baik baik saja untuk semua, idea yang Allah reda.


“Idea yang membawa kebaikan untuk semua menerusi drama Khunsa terbitan saya kelak,”katanya.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilahaz 8-11-2023 10:12 PM
Laa da 52 dia ni.. baru tahu
Quote antidote 8-11-2023 10:33 PM
Budak opis aku 3 org (2 laki, sorg ppuan) buat veneer ni. Bila bsembang dgn dorg aku rasa mcm bckp dgn kuda padi. Gigi depa tu buat aku hilang fokus. Tgk gigi je nmpk kuda
Quote Daftpunk_shine 9-11-2023 07:17 AM
What happen to your nose?
Quote sayurmayur88 9-11-2023 07:23 AM
k, take note
Quote lasagna 9-11-2023 08:16 AM

job nose kannnn.. aaacentuhh!
Quote emera 9-11-2023 08:42 AM
Aku nmpk muka dia mcm sajat.
Quote missyL 9-11-2023 10:29 AM
Fake nye gigi
Mcm satu mulut gigi palsu lol
Quote Kurex 9-11-2023 10:36 AM
Hidung macam kena sumpahan
Quote edoraixora 9-11-2023 11:13 AM
baguslah dah sedar

semoge abehar tu pun sedar diri nanti
Quote kuceeng 9-11-2023 02:14 PM
die ni kan yg kantoi like gayporn ke ape kt twidder?
Quote wadiunong 9-11-2023 02:25 PM
antidote replied at 8-11-2023 10:33 PM
Budak opis aku 3 org (2 laki, sorg ppuan) buat veneer ni. Bila bsembang dgn dorg aku rasa mcm bckp d ...

terkekek iols baca komen uols ni
Quote anilanil 9-11-2023 02:37 PM
Acik ijad bole tak ambik gambar senyum takyah nampak gigi. Lagi manis. Tolong sembunyikan gigi artificial look anda.
Quote KamikuP 9-11-2023 03:09 PM
Hidong persis Lana Nordin, pegi klinik yg sama kah?
Quote ezacbee 9-11-2023 04:34 PM
Sama cam mike amik gambo tayang gigi.

Silau berkilau tau

Quote Gorgos 9-11-2023 04:36 PM
Gigi pelesu mcm atok2 dah bogeh
Quote September14 9-11-2023 04:56 PM
Bgusla klu hidung n gigi pun fake baik duk diam jer
Quote September14 9-11-2023 04:57 PM
Knpa la tgamak buat hdiung jd rupa gitu
Quote pujanggacinta 9-11-2023 05:10 PM
gigi...
untung gigi tersusun
Quote kalchi 9-11-2023 07:32 PM
Seriusla heshe dah 51??

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.036020 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top