CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menyusahkan, Nadhir Nasar Tak Akan Terjebak Dengan Cinta Lokasi

8-11-2023 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5267| Komen: 21

Nadhir Nasar bukan sahaja tak selesa berkongsi soal peribadi malah dia juga mengelak terjebak cinta lokasi.

Katanya, seorang pelakon hebat hanya meminjamkan perasaan dan emosi seketika, malah akan meninggalkannya sebaik melangkah keluar daripada set penggambaran.



Foto: IG

"Perasaan hanya di lokasi, bukan terbawa-bawa hingga ke luar. Saya adalah pelakon yang akan berlakon seikhlas hati.

"Sebagai pelakon, saya akan digandingkan dengan pelakon wanita berbeza-beza. Jika saya buka hati satu demi satu bukankah ia akan menyusahkan," katanya kepada Berita Harian.

Soal keakrabannya denga Qasrina Karim, Nadhir menjelaskan dia sudah mengenali Qasrina kerana terbabit dalam kempen raya.



Katanya, karakternya mudah mesra dan akan melayan setiap orang sama rata.

"Orang melihat saya sebagai seseorang yang mudah didekati. Saya memang baik dengan semua orang.



"Lagipun, saya dan Qasrina pernah bekerjasama, jadi ia memudahkan kami mencipta keserasian.

"Qasrina seorang yang sangat terbuka, positif dan sentiasa ingin belajar membuatkan saya selesa bergandingan bersama."



Nadhir berkata, dia bukan seorang yang terbuka berkongsi kisah peribadi untuk tatapan masyarakat.

"Saya lebih selesa menyimpan soal peribadi untuk diri sendiri.

"Bagi saya, ia adalah hak saya sebagai manusia, walaupun tak dinafikan ramai ingin tahu kisah peribadi saya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 8-11-2023 03:29 PM
aku tak faham ye org mcm mana basah tgk dia ni sampai menang hero remaja sampai famous betul... boleh jelas kan tak? hahahahaha
Quote imanda 8-11-2023 03:39 PM
LembingDayanti replied at 8-11-2023 03:29 PM
aku tak faham ye org mcm mana basah tgk dia ni sampai menang hero remaja sampai famous betul... bole ...

tgk tv dlm blik air kot.. sambil mandi. sb tu basah
Quote jackreacher 8-11-2023 03:43 PM
Dia famous sebab dia pandai berlakon. Drama dia berlakon banyak yang hit. Bukan sebab dia handsome sangat ke apa ke. Dulu waktu mula menang HR banyak kena kecam je sebab tak cukup piawaian handsome rakyat msia.

So tak perlu la nak question lagi kenapa ramai minat dia. Even personal life dengan love life dia pun orang ramai tak berminat sangat. Yang suka dia suka purely sebab talent je.
Quote lil_honey 8-11-2023 04:02 PM
hensem je dia ni kat mata aku. tp kena betul pandai gaya and angle la...

tatau la nape minat heols ni. maybe heols jenis determined and ade prinsip.
Quote rayna_raynes 8-11-2023 04:58 PM
Bagus dik. kekalkan imej kekwat itu. Dah bosan tengok zulripin kekwat
Quote hollahop 8-11-2023 06:14 PM
Dia ni mcm budak skema kelas depan yg poyo. Hahaha tapi dia belakon best eh. I suka tgk dia belakon.
Elok buat gap antara pelakon perempuan dik biar nampak curlas sikit. Walaupun muka so so tapi kalau attitude tiptop ramai akan suka. Tgk alip satar ramai ja suka dia.
Quote woven11 8-11-2023 06:21 PM
Dia ni berlakon memang best.. ade attitude. Lengkap semua
Quote jihyomelly 8-11-2023 06:47 PM
ok je budak ni..tak kayu..almost semua watak ok je dia bawak..si budak pompuan macam basic tu pun berlakon tak kayu compared basic masih nampak kejung control
Quote sayurmayur88 9-11-2023 07:29 AM
dia berlakon best..
Quote cloudnine 9-11-2023 07:29 AM
Edited by cloudnine at 9-11-2023 07:34 AM

Nadhir hensem laaaaa. Apo korang high taste sangat

Promo jap. Jom tengok superwira & myfamousexboyfriend.


Quote chandrahusin 9-11-2023 07:32 AM
Nadhir hansem lah
Dh la berlakon best
Quote telracs 9-11-2023 07:40 AM
LembingDayanti replied at 8-11-2023 07:29 AM
aku tak faham ye org mcm mana basah tgk dia ni sampai menang hero remaja sampai famous betul... bole ...

1st time tahu dia ni ujud sebab tertengok dia berlakon dalam i-tanggang.
Pandangan pertama telah memberi kesan positif pada saya. Watak dia dalam cerita tu bagus.
Wajahnya biasa² sahaja dalam cerita tu, ya la sebab wataknya budak sekolah tinggal rumah flat, yang terpaksa bekerja sambilan menanggung ibu dan adik² yang ditinggalkan ayah. Bukan tak de ayah... Ayah sibuk tabligh sampai keluarga sendiri terabai.
Tanggapan pertama terhadapnya menyebabkan saya berharap dia kekalkan imej bersih.

Gitew eh makcik minat dia...
Quote mamapea 9-11-2023 07:46 AM
Edited by mamapea at 9-11-2023 07:48 AM
jackreacher replied at 8-11-2023 03:43 PM
Dia famous sebab dia pandai berlakon. Drama dia berlakon banyak yang hit. Bukan sebab dia handsome s ...

apa yg ko ckp semua sama mcm aku punya pendapat...masa dia mula2 menang HR aku pun heran mcmana dia ni blh menang...rupa biasa2 jer...kt mana yg menarik pun xtau...
bila aku tgk drama2 lakonan dia not bad jugak budak ni berlakon...terus aku nk follow setiap drama2 dia...personal life dia mmg aku xtau pun...birthday dia bila...asal mana...mmg aku x ambik tau...
Quote A-Are 9-11-2023 07:51 AM
untuk kita mmg nampa biasa tp kalau tgk betul2 dia ada rupa asian yg sesuai jd model dgn tggi dia.
Quote cmf_premierleag 9-11-2023 08:13 AM
Dia belakon 100 kali ganda lagi bagus dr hero melayu bodoh2 mcm nanas,shukri pejadah sume tu la yg kayu kayan
And dia mmg talented in acting..elok je ko sombong mcm ni dik...menten kualiti...jgn jd murahan sgt mcm merqeen dgn gosip bodoh sama jobless tu
Quote cloudnine 9-11-2023 09:41 AM
Nadhir ni kalau baca artikel dia semua bunyi kekwat dan menyombong je kan. Tapi kalau tengok sendiri dia bercakap elok je dia. Sangat rasional dan bijak. Banyak dah interview dia i tengok. Public speaking A+. Ni ada reporter review pasal nadhir.

Screenshot_20231109-093108_TikTok.jpg
Quote heythere123 9-11-2023 12:00 PM
bagus heols tak layan cinlok ni semua. Lagipon heols sendiri ambik projek romance.

heols promote baju dengan si erysha tu pon comel jugak
Quote heythere123 9-11-2023 12:02 PM
cmf_premierleag replied at 9-11-2023 08:13 AM
Dia belakon 100 kali ganda lagi bagus dr hero melayu bodoh2 mcm nanas,shukri pejadah sume tu la yg k ...

walaupun heols kadang ada statement kekwat, but yes better heols dari hero kertu tu semua
Quote cmf_premierleag 9-11-2023 12:07 PM
heythere123 replied at 9-11-2023 12:02 PM
walaupun heols kadang ada statement kekwat, but yes better heols dari hero kertu tu semua

Ya..and nmpk la nadhir ni matang bila balas soalan reputz
Even on his twitter pun, dia lontarkan pendapat pun bernas and pedas tajam tp meaningful.
Takde la gedik2 rempit mcm nanas meerqat sume tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.179768 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top