CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ummi Nazeera Pernah Melenting Marah Pelakon Baru Selalu Datang Lambat

8-11-2023 02:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2990| Komen: 7

Tidak hanya memilih watak, pelakon, Ummi Nazeera mengakui turut berhati-hati dengan siapa dia bekerjasama dalam sesebuah penggambaran.

Katanya, dia kini lebih mengutamakan ketenangan jiwa ketika berlakon.



"Saya bukan hanya selektif dari segi watak, saya juga selektif dengan siapa nak berlakon sebab diusia begini sebagai seorang ibu saya lebih utamakan ketenangan jiwa.

"Saya dalam industri sudah lebih 10 tahun, saya memilih sebab tak nak stress... Nak happy happy je," katanya.

Dalam pada itu, Ummi mendedahkan pernah menegur seorang artis baharu yang tidak menepati masa penggambaran hingga hingga menyusahkan pelakon lain terutama pelakom veteran.


Katanya, dia tidak dapat menahan diri daripada melenting kerana sikap pelakon baharu tersebut yang seolah-olah tidak menghormati pelakon senior lain yang penat menunggu.

"Saya rasa teruk juga saya marah. Saya seorang yang sangat senang nak bertolak ansur. Saya boleh terima kalau nak menyusahkan saya. 

"Cuma kalau sampai menyusahkan pelakon senior sehingga mereka terpaksa menunggu dia... Setiap hari lambat, saya sebagai pelakon senior sikit dari dia rasa perkara itu tak boleh berterusan.

"Nak menyusahkan saya yang masih ada energi, okay lagi. Ini menyusahkan orang tua, jadi saya termarah dengan nada yang agak tinggi juga. 

"Dia buat benda berterusan jadi saya mengamuk dalam bilik. Tapi, apa yang bagusnya, dia terima teguran. Tidak melawan dan meminta maaf," katanya.

Ummi turut menitipkan pesanan kepada pelakon baharu agar menjaga adab dalam pekerjaan.

"Pada saya, pelakon baru kalau tak boleh berlakon pada saya tak ada masalah. Tapi, kalau adab tak ada boleh jadi satu perkara besar.

"Kalau datang nak menyusahkan orang, that is a big no. I don't want to work with you," katanya menerusi temubual bersama Melodi.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 8-11-2023 02:41 PM
Budak mana ni
Quote naina 8-11-2023 02:49 PM
Budak bbnu zaman TikTok ni memang berlagak perasan selamanya berduit ke..
Quote Purplehaz 8-11-2023 04:09 PM
Maybe Trisha ooi ..takpun qistina Raisa tu...ni jer 2  pelakon junior yg sama berlakon dgn Umi recently.
Tp qistina bukan pelakon baru, yg Trisha ni yup plkon baru..ayah dh xde..agak susah tanggung keluarga.
Berani la kot Umi amuk marah dia.
Quote I.K.A888990 8-11-2023 04:17 PM
bagi nama senang sikit
Quote Daftpunk_shine 9-11-2023 07:19 AM
Umi marah haritu ada baling2 skrip tak?
Quote stingerbumpy 9-11-2023 07:24 AM

Once upon a time not too long ago...in a near galaxy

[youtube]0MhEvm7_hvA?si=5WL2ZrzPkzHXguOB[/youtube]
Quote zehra2 9-11-2023 09:11 AM
follow ig suami ummi..
kelakor gila. komen mmg lawak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.082169 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top