Seorang ejen perunding hartanah mendedahkan pengalaman tuan rumah tentang golongan penyewa. "Bersembang dengan seorang owner di Kulim yang berpengalaman 20 tahun mengurus sewa.
"Paling pengotor mengikut kumpulan adalah student perempuan, kedua student lelaki, ketiga pekerja lelaki dan keempat pekerja perempuan," kongsinya di Facebook. Pemilik kediaman turut mendedahkan golongan penyewa yang pembersih dan bertanggungjawab sepanjang berurusan dengannya. "Paling bersih, lelaki dan wanita golongan profesional. Soalan saya, kenapa student wanita paling pengotor?" tulisnya dalam hantaran berkenaan. Perkongsian tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan reaksi bercampur. Sebahagiannya bersetuju dengan pandangan berkenaan, namun sebahagian yang lain berpendapat sebaliknya malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing.
"Lebih suka mekap daripada mengemas. Jenis bersiap keluar rumah bau wangi sekampung... memang pengotor "Katanya letih study... bayangkan kalau ada plastik besar, dia boleh kumpul pad sampai penuh baru nak buang. Kita masuk rumah naik melugai bau darah. Macam manalah depa (mereka) boleh duduk. "Pengalaman jadi student dulu. Saya perempuan ye. Apabila masuk rumah sewa memang tak semua housemate pengotor. Contoh lima orang pembersih, dua orang je pengotor tapi yang pengotor tu cukup laju mengotorkan rumah dan hanya kami yang lima orang je bersihkan rumah. "Sebab mereka duduk ramai, apabila seorang pembersih tapi ada yang tak jadi pembersih maka semua jadi gila join tak bersih sebagai satu protes bersama. "Dia ada mentaliti yang berfikiran kolot walaupun berpelajaran seperti pelajar, sebab bagi mereka, aku masih belajar dan aku hanya menyewa," demikian komen netizen. Namun ramai turut berpandangan, sikap pembersih atau pengotor seseorang tidak sewajarnya diukur mengikut status pelajar atau profesional kerana pokok pangkalnya ia adalah sikap individu itu sendiri serta didikan sejak kecil. -CARI Sumber: mStar
|
cikatilia: busuk weh....dah kenapa kena simpan.. ada ilmu ke apa
prince_marhaen replied at 8-11-2023 09:50 AM
aku dulu dapat rumet pengotor skincare semua tak jaga, mandi takde shampoo sabun pencuci muka semua, ...
ADVERTISEMENT