CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dior Pecat Bella Hadid Ganti Dengan Model Israel

7-11-2023 11:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4072| Komen: 30

Hanya disebabkan kerap membuat hantaran mengenai keganasan tentera rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di media sosial, model terkenal Bella Hadid telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa iaitu Dior daripada menjadi dutanya.


Syarikat berkenaan turut bertindak mengantikan Bella dengan model dari negara Israel iaitu May Tager kerana kurang senang melihat hantarannya di media sosial yang menyokong Palestin.


Ekoran daripada pemecatan itu, pelbagai komen diterima dalam kalangan netizen.

Bella atau Isabella Khair Hadid, bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.

Sebelum ini Bella mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar dan mengakibatkan dia sering diganggu malah kehidupan keluarganya juga turut terancam saat ini.

“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari, nombor telefon saya juga dibocorkan, dan keluarga saya juga rasa dalam bahaya. Tapi saya tidak boleh diam lagi. ketakutan bukanlah suatu pilihan.


"Rakyat dan anak-anak Palestin, khususnya di Gaza, tidak boleh membiarkan kami diam, kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 7-11-2023 11:15 PM
She got balls.. bukan macam dj khaleed tuh
Quote Beribear 7-11-2023 11:15 PM
Bagus bella ni dari kakak dia gigi tu. Dari dulu bella mmg lantang pertahankan palestine. Hope dia terbuka hati peluk islam & jalani hidup cara islam yg sebenar
Quote Marunggey 7-11-2023 11:48 PM
She bukan islam kah?
Beribear: Bagus bella ni dari kakak dia  ...
Quote coco 8-11-2023 07:35 AM
ada sapa berani buang semua produk2 DIOR tak kira la handbag ke, baju, kosmetik, parfume etc.....
Quote Antifake 8-11-2023 07:56 AM
coco: ada sapa berani buang semua pr ...
harap x payah la buang x pon donate haha. Dupe banyak dah kat market
Quote Tinot7 8-11-2023 08:17 AM
Tak beli produk dior.. hangpa dlm ni ramai beli produk dior ka?
Quote MadameOnion 8-11-2023 08:23 AM
bye dior..walaupun hanya pernah beli perfume sekali je..hahahaha
Quote SalenaGomez 8-11-2023 09:24 AM
Dah pecat pastu ganti model israel pulak tu… indirectly menunjukkan sokongan dior pada israhell

Btw bella hadid ni pon maybe x kisah kena pecat. Compared masih model for dior n bila org beli dior, sure dia pon rasa menyumbang pada pembelian tu. Lepas tu dior sumbang oulak pada israhell.

bella ni pon maybe prefer dipecat. Kalau dia yg terminate contract, tah2 kena bayar pada dior
Quote dekmieDandy 8-11-2023 09:44 AM

non-practicing muslim, macam dj khaled, zayn, ice cube
Quote Sazreena 8-11-2023 09:47 AM
Nasib le aku bukan ngefan dior...retis-retis Malaysia xde ke yg nak buat prelove tanda solidariti...ah gituew.
Quote airisa 8-11-2023 10:53 AM
no more dior products walaupun suka loose powder & eyeshadow

skrg pakai je apa yg ada tu ..
Quote beautifulorchid 8-11-2023 11:31 AM
agak agak Che Ta berani tak bakar semua handbag Dior dia sebab boikot Dior?
Quote ayukpingu 8-11-2023 11:47 AM
si hajah berbungkus pun minat Dior kan? tanak sedekahkan ke semua2 baju, perfume, lipstick bagai utk benak?
Quote seri_mawr 8-11-2023 12:41 PM
suka lipstick dior...brand ni jek jah yang serasi dgn lip iouls....lepas abis ni no more dior...

nak buang sayang...

x yah la berlipstik sudahh....
Quote chikumanis 8-11-2023 12:50 PM
nasibla me tak pernah beli dior ni
Quote alesandra 8-11-2023 03:57 PM
SalenaGomez replied at 8-11-2023 09:24 AM
Dah pecat pastu ganti model israel pulak tu… indirectly menunjukkan sokongan dior pada israhell

Bt ...

Dior ni jgn laa.mmg yahudi totok.tgk jela apa diorg dah buat dgn john galliano.tapi bila john dahxde mcm sedehhh  dan hodoh je design dior  neh.bella ni mesti ok je..lagipun dia anak org kaya kan.boleh je survive
Quote intan244 9-11-2023 01:12 AM
isabella adalah....
Quote takayama 9-11-2023 02:21 PM
Tak pernah beli brgan Dior tp adik sepupu ada hadiahkan handbag Dior juga perfume dia. Msh ada handbag tu dan msh elok, utk sementara ni kita simpan ajelah dulunkarang bila pki x memsl kena perli plk
Quote JahLupa 9-11-2023 10:23 PM
Satu pegi seploh mari.. more will come..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.211764 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top