CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bapa Kecewa Angelina Jolie Sokong Palestin

11-11-2023 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2252| Komen: 7

Description: Bapa kepada pelakon Angelina Jolie meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya itu mengecam tindakan rejim zionis yang menyerang Semenanjung Gaza selain menunjukkan sokongan terhadap Palestin.Jon ...
Bapa kepada pelakon Angelina Jolie meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya itu mengecam tindakan rejim zionis yang menyerang Semenanjung Gaza selain menunjukkan sokongan terhadap Palestin.


Jon Voight yang juga seorang pelakon berkata, Angelina gagal memahami tentang kebenaran di sebalik konflik dan sejarah di antara Israel dan Palestin.


Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pemenang Anugerah Oskar berusia 84 tahun itu dilihat duduk di hadapan bendera Amerika Syarikat sambil meluahkan kata-kata berpihak kepada Yahudi.

Sebelum ini, Angelina, 48, memuat naik hantaran menunjukkan solidariti terhadap masyarakat di Palestin dan mengecam tindakan Israel membunuh orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita sejak peperangan tercetus pada 7 Oktober lalu.

Untuk rekod, Voight berkahwin dengan ibu Angelina, iaitu pelakon Marcheline Bertrand, pada tahun 1971.


Mereka dikurniakan dua anak, James dan Angelina tetapi bercerai pada tahun selepas aktres itu dilahirkan.

Sebelum ini, hubungan anak beranak ini pernah berantakan pada awal tahun 2000 namun mereka berdamai 11 tahun kemudian.

Bagaimanapun hubungan mereka kembali retak selepas Angelina memutuskan bercerai dengan bekas suaminya, pelakon Brad Pitt pada 2016.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 11-11-2023 12:24 PM
Lantak dia la nk sokong Palestine pun. Pakcik nk sokong zionis laknatullah tu lantak pakcik laaa sbb pakcik x da hati perut sama mcm zionis tu. Ape kebenaran yg pakcik tau ttg Palestine...? Nk kecam lebih2, pakcik x bace forum pulak. Haish..
Quote Orangkaya99 11-11-2023 10:39 PM
bile xsame pemikiran pastu fikiran jenis tertutup gitu lah jdi.. nak sume org fikir same mcm die
Quote mama_cat 12-11-2023 06:10 AM
anak hang cerdik dari hang
Quote razzia 13-11-2023 05:37 AM
anak kau ada sifat kemanusian,kau pulak
kesyaitanan
Quote apedehal 16-11-2023 12:58 PM
Pacik..bila je pun angelina tu dgr ckp pacik..lantak dia la kalau dia ada kesedaran tp pacik masih terbelenggu dgn biased western propaganda
Quote juruterra 16-11-2023 01:35 PM
Kentot_Wangi replied at 11-11-2023 12:24 PM
Lantak dia la nk sokong Palestine pun. Pakcik nk sokong zionis laknatullah tu lantak pakcik laaa sbb ...

kan..bodo punya pakcik ignorant gila.
Quote limau 20-11-2023 03:44 PM
kata demokrasi pakcik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.194117 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top