CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesohor Lapah, Masak Aligator Dikecam Ramai

7-11-2023 11:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1452| Komen: 8

Beijing: Seorang pesohor media sosial di China menerima kecaman ramai selepas memuat naik video kontroversi memaparkan dia membunuh, membuang tulang dan memasak seekor aligator seberat 90 kilogram, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.


Chu Niang Xiao He yang mempunyai lebih 3.5 juta pengikut di platform Douyin baru-baru ini memuat naik video demonstrasi masakan aligator di rumahnya.


Klip video tersebut pada awalnya menunjukkan Xiao He membasuh reptilia itu dalam bilik mandi menggunakan berus besar sambil mulutnya diikat bagi mengelakkan ia menggigit.

Video tersebut kemudian bertukar ngeri apabila Xiao He membunuh haiwan berkenaan sebelum menyiat kulit, mengeluarkan isi perut dan membuang tulang. Dia kemudian memasak daging haiwan itu dengan pelbagai cara.

Selepas menerima kecaman ramai, Xiao He mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa aligator tersebut dibiakkan untuk menghasilkan produk kulit. Ini bermaksud, reptilia itu sememangnya akan dibunuh untuk mengambil kulitnya.


Menurut Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China, memasak daging buaya adalah diharamkan tanpa permit sah pihak berkuasa. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 7-11-2023 11:10 PM
Camne dia pikul buaya tu masuk dlm rumah?
Quote Tinot7 8-11-2023 07:42 AM
Dia ada permit ke dak?
Quote pokokmeranti 8-11-2023 07:43 AM
betul ke daging biawak ini putih?
Quote BoongaKertas 8-11-2023 09:09 AM
sdgkan tikus yg kotor pun depa makan, apetah lg yg buaya cenggini
Quote KamikuP 8-11-2023 09:18 AM
DIA SEMBELIH KE natang tu?
Quote Sazreena 8-11-2023 10:08 AM
Mesti tajam giler parang kecik dia tu...tengok kulit aligader tu...gigih oo nak nyiang.
Quote prince_marhaen 8-11-2023 10:15 AM
telor lembur telor kambing telor & konek semua jenis binatang pun diorang makan, apa la sangat buaya ni yek..
Quote airfilterkotor 8-11-2023 10:18 AM
Geng² vietkong dlm YTube pun sama la... lapah dan panggang boya tepi sungai. Putih jer isi dagingnya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077924 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top