View: 1241|Reply: 8
|
Pesohor Lapah, Masak Aligator Dikecam Ramai
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang pesohor media sosial di China menerima kecaman ramai selepas memuat naik video kontroversi memaparkan dia membunuh, membuang tulang dan memasak seekor aligator seberat 90 kilogram, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Chu Niang Xiao He yang mempunyai lebih 3.5 juta pengikut di platform Douyin baru-baru ini memuat naik video demonstrasi masakan aligator di rumahnya.
Klip video tersebut pada awalnya menunjukkan Xiao He membasuh reptilia itu dalam bilik mandi menggunakan berus besar sambil mulutnya diikat bagi mengelakkan ia menggigit.
Video tersebut kemudian bertukar ngeri apabila Xiao He membunuh haiwan berkenaan sebelum menyiat kulit, mengeluarkan isi perut dan membuang tulang. Dia kemudian memasak daging haiwan itu dengan pelbagai cara.
Selepas menerima kecaman ramai, Xiao He mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa aligator tersebut dibiakkan untuk menghasilkan produk kulit. Ini bermaksud, reptilia itu sememangnya akan dibunuh untuk mengambil kulitnya.
Menurut Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China, memasak daging buaya adalah diharamkan tanpa permit sah pihak berkuasa.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Camne dia pikul buaya tu masuk dlm rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke daging biawak ini putih? |
|
|
|
|
|
|
|
sdgkan tikus yg kotor pun depa makan, apetah lg yg buaya cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
DIA SEMBELIH KE natang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tajam giler parang kecik dia tu...tengok kulit aligader tu...gigih oo nak nyiang. |
|
|
|
|
|
|
|
telor lembur telor kambing telor & konek semua jenis binatang pun diorang makan, apa la sangat buaya ni yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geng² vietkong dlm YTube pun sama la... lapah dan panggang boya tepi sungai. Putih jer isi dagingnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|