Penyanyi dan pelakon Wanna Ali, mengakui dia sebenarnya tidak boleh menyanyi secara 'live' di hadapan penonton. Pemilik nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali, 25, itu berkata dia juga akan menolak jika ada tawaran untuk buat persembahan secara langsung termasuk dalam program hiburan di kaca televisyen.
"Secara jujurnya, saya sendiri sedar dengan tahap kemampuan diri sendiri. "Memang saya tahu bila menyanyi secara 'live' akan ke laut dan kena kecam dengan netizen," katanya. Mengenai single duet bersama penyanyi Aiman Ismail, Bukan Sekadar Lafaz pula, kata Wanna, dia terima tawaran untuk menyanyikan lagu itu kerana ia runut bunyi untuk drama berkenaan. Lagu Bukan Sekadar Lafaz yang juga duet Wanna bersama bapa tirinya, Aiman adalah hasil ciptaan ibunya sendiri, penerbit drama, Datuk Ayu Puteh.
|
ADVERTISEMENT