CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Nasihat Bakat Baharu Jaga Nama Kalau Nak Bertahan Dalam Industri

7-11-2023 02:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11422| Komen: 219

Pelakon Fattah Amin, 33, mengingatkan bakat baharu industri seni agar menjaga imej, nama dan sikap sekiranya mahu bertahan lama serta mudah mendapat peluang kerja daripada produksi.

Fattah ditemui berkata, sebagai penggiat baharu sememangnya perkara itu penting bagi mengelakkan orang lain berkata yang tidak elok mengenai diri mereka



"Kalau sejak mula dah tak pandai jaga imej, nama dan sikap, orang akan bercakap pada kalangan pekerja produksi, peminat dan media. Jadi, kita juga yang rugi sebab mestilah nak bertahan lama dalam karier seni.

"Saya pun dulu pernah dikenali sebagai bakat baharu. Habis belajar di universiti, masuk Hero Remaja dan ada rezeki jadi pelakon. Tapi, saya jadi pelakon masa itu bukan nak popular, hanya untuk kerja cari rezeki bantu keluarga," katanya.

Ujarnya, ilmu dan bakat harus seiring walaupun ada pelakon yang sudah dianugerahkan Allah dengan bakat semula jadi dan ada juga perlu belajar daripada pengalaman ditimba.


"Macam Bront Palarae dan Beto Kusyairy, mereka pada saya pelakon yang 'gifted' (berbakat). Tapi, saya pula bukan macam itu dan kena belajar daripada pengalaman. Apapun, jangan cepat mengalah kalau dikritik.

"Mendapat kritikan orang itu perkara biasa, tapi jangan cepat rasa putus asa. Teruskan belajar dan buat persediaan untuk diri sendiri. Kalau ada persediaan sebelum jadi artis, orang akan lagi hormat kita," katanya.


Ditanya pandangannya terhadap bakat kebanyakan pelakon baharu sekarang, Fattah berkata, ramai yang berbakat dan ada potensi masing-masing untuk terus memajukan diri.

"Cuma, saya ingatkan kena pandai jaga imej, nama dan sikap agar sentiasa merendah diri dengan semua orang dan tidak sombong. Ia penting sebab industri kita ini kecil," ujarnya.

Fattah yang banyak membintangi filem berkata, dia kini turut aktif dibelakang tabir sebagai penerbit dan pengarah video kempen iklan di bawah produksi Fazura Pictures miliknya dan isteri.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 7-11-2023 03:27 PM
Untung arrr job dah sendu bole kje dgn kompeni bini je
Quote Kurex 7-11-2023 03:32 PM
Lakonan kau pun kayu kayan lepas tu nak nasihatkan bakat baru. Dari kau sibuk nak nasihatkan bakat baru yg ntah sape2 tu, baik kau nasihatkan asah bakat lakonan dengan kau sendiri kena asah bakat kau tu. Sebab kau laki fakejura, kau pun disembah bagai dewa oleh acik2 porem. Walaupun lakonan kau kayu, tetap ada acik2 porem memuji kau mendalami watak. Sama la dgn musuh bini kau tu..
Quote oklatu85 7-11-2023 03:32 PM
pearl.silver replied at 7-11-2023 03:27 PM
Untung arrr job dah sendu bole kje dgn kompeni bini je

X reti baca ke .. syarikat miliknya Dan isteri.. job fattah as actor pun byk.. model Lagi.. negative btl
Quote BarbiePink 7-11-2023 03:36 PM
Kurex replied at 7-11-2023 03:32 PM
Lakonan kau pun kayu kayan lepas tu nak nasihatkan bakat baru. Dari kau sibuk nak nasihatkan bakat b ...

Bitter sgt uols neh
Sblum uols nak nasihat heols
Baik pegi betul kan diri sndiri tuh
Geli yach
Dh reputz tnya heols
Tak ken leh heols diam jer
Komen membina mcm tuh pun bitter apo
Dh tau tak suka gigih msuk komen
Bangang
Quote Kurex 7-11-2023 03:38 PM
BarbiePink replied at 7-11-2023 03:36 PM
Bitter sgt uols neh
Sblum uols nak nasihat heols
Baik pegi betul kan diri sndiri tuh

Iols lebih jijik dekat uols yg datang dari ceruk mana ni. Kalau kau nak orang komen positip doplohpat jam, bukan dekat sini. Rata2 dekat porem orang main komen pedas dengan tak macam aku tak pernah tgk kau komen negatif sebelum ni. Lepas ni apa yg kau komen aku, aku anggap seperti salakan anjing kurap yg merayu dekat kaki aku mintak makanan
Quote BarbiePink 7-11-2023 03:51 PM
Kurex replied at 7-11-2023 03:38 PM
Iols lebih jijik dekat uols yg datang dari ceruk mana ni. Kalau kau nak orang komen positip doploh ...

Ye leh chouls pun hanjing ler gamaknya
Sebab tuh tetiba menyalak
Org tuh tak buat onar pun
Skadar jwb soalan reputz
Pun chouls bitter
Bkn ada larang a pun komen positif yach
Tuh leh hanjing ken
Dh tau tak suka bamtah neh
Gigih menyalak
Bangang
Quote Kurex 7-11-2023 03:53 PM
Tak faham la bahasa binatang atas ni
Quote missHaidiD 7-11-2023 03:55 PM
pearl.silver replied at 7-11-2023 03:27 PM
Untung arrr job dah sendu bole kje dgn kompeni bini je

Sapa kt job dia da sendu. Bkn skrg tgh shooting.ke
Quote missHaidiD 7-11-2023 03:59 PM
Job dgn hanung pun ada. Tgu nk release film.je
Quote anilanil 7-11-2023 04:00 PM
Bamtah sedang menikmati work-life balance. Dia bukan pekerja industri seni level b40 yachh so takyah serabut kan kapla hotak nak mikir ada job ke takde job bamtah ni.
Quote Tudungpink 7-11-2023 04:00 PM
Kalau ikut jawapan si fattah ni dia cakap dia suruh jaga nama,  imej n sikap.. Sebab org produksi ni tgk perangai camane.. Dia tak kata dia pandai blakon..

Quote BoongaKertas 7-11-2023 04:00 PM
muka chuols sdp dipandang diktah. kome abaikan jer lah ckp chuols kayu. matkilau tu power kot chuols berlakon dan silat. aum sgt! pastu dlm drama dgn fasha sendat tu, menjadi betul watak yg dikeji sampai meols rasa nak pukul tho xsampai hati sbb kacak. hahaha!
Quote BoongaKertas 7-11-2023 04:02 PM
Tudungpink replied at 7-11-2023 08:00 AM
Kalau ikut jawapan si fattah ni dia cakap dia suruh jaga nama,  imej n sikap.. Sebab org produksi ni ...

normal lah tu sis dlm forum. sbb apa? sbb boleyyyyy dik (ayat bbnu plg daku menyampah)
Quote Kurex 7-11-2023 04:02 PM
Asal komen negatip, terus iols dicop tak suka padahal iols taste jah dekat bamtah dapdap.
Quote BoongaKertas 7-11-2023 04:03 PM
anilanil replied at 7-11-2023 08:00 AM
Bamtah sedang menikmati work-life balance. Dia bukan pekerja industri seni level b40 yachh so takyah ...

kan? selepas heols habis diperah tenaga mcm hape jer zmn belum kawen tu. pastu tup2 kuar buku valet klcc. hahaha! bongok punya management lama
Quote BoongaKertas 7-11-2023 04:04 PM
Kurex replied at 7-11-2023 08:02 AM
Asal komen negatip, terus iols dicop tak suka padahal iols taste jah dekat bamtah dapdap.

hahahaha! kurex dan bamtah mana boleh dipisahkan. ye dok? gurau2 jer atas tu kurex.
Quote missHaidiD 7-11-2023 04:16 PM
Kurex replied at 7-11-2023 04:02 PM
Asal komen negatip, terus iols dicop tak suka padahal iols taste jah dekat bamtah dapdap.

Bamtah dap kan kurex

Aummmm
Quote missHaidiD 7-11-2023 04:17 PM
BoongaKertas replied at 7-11-2023 04:02 PM
normal lah tu sis dlm forum. sbb apa? sbb boleyyyyy dik (ayat bbnu plg daku menyampah)

Daku pun menyampah kaka. Ank2 iols da bg amaran jgn ckp cmtu dgn mama kalau taknk dicili mulut tu
Quote BarbiePink 7-11-2023 04:19 PM
Leh tiba ckp tak phm bahasa
Dh heshe ckp mcm takde akal
Ok leh mybe heshe takde life
Hidup sendu gamaknya

Lihat semua komen(219)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053013 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top