Seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Latif Ab Razak kesal terhadap sikap individu yang menyewa kediaman milik ibu bapanya. Rumah yang terletak di Perak itu bukan sahaja tidak dijaga dengan baik, malah turut ditinggalkan dalam keadaan yang begitu kotor dan menjijikkan.
"Kesian mak bapa aku kena hadap penyewa mental macam ni. Rumah di Taman Cempaka, Ipoh ni sikit punya strategik kawasannya. "Nak apa kemudahan semua berhampiran je. Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku," luahnya di media sosial. Menurut Abdul Latif lagi, duit sewa yang sepatutnya dinikmati sebagai pendapatan pasif bulanan kini bertukar menjadi kerugian kerana mereka perlu menampung kos baik pulih dan macam-macam lagi. Loading FB Post...
"Dari sepatutnya raih pasif income tapi jadi sebaliknya. Kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air. Tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah RM6,000 (menyamai nilai sewaan selama setahun). "Ambil pengajaran dari kisah ni. Tak semudah ABC ya nak raih income melalui rumah sewa. Saranan aku keperluan melantik Real Estate Negotiator adalah menjadi kewajipan pada setiap pemilik aset," katanya lagi. Ekoran kejadian itu, Abdul Latif berkata dia akan bersikap lebih tegas agar kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. "Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan. "Biarlah lebih bertegas, jangan naif sangat. Nak masuk sewa rumah kena ikut law. Deposit, agreement (perjanjian) dan detail (maklumat) lengkap penyewa semua ada. Sebab bila jadi macam ni siapa nak kesian kat kita," luahnya lagi. Abdul Latif turut berkongsi beberapa foto di Facebook, memaparkan keadaan rumah sewa itu yang bersepah ibarat baru dibadai ombak tsunami. Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar sikap penyewa dan berharap agar pelaku dikenakan tindakan undang-undang. "Geng lelaki atau perempuan atau famili yang menyewa ni? Keluar dari celah lubuk mana la manusia ni. Macam tak ada tamadun lagi gayanya ni. "Ada ke undang-undang untuk penyewa yang buat macam ni? Ni pun satu kemusnahan harta benda juga ni. Boleh tuntut ganti rugi ke? "Macam mana la manusia-manusia yang boleh hidup kotor macam ni? Tak rasa geli ke," tulis beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar
|
rikiruj: Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertunggak 2k.. bila mintak bayar kena sound tak de hati pe ...
rikiruj replied at 7-11-2023 02:15 PM
Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertungga ...
rikiruj replied at 7-11-2023 02:15 PM
Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertungga ...
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...
caprut replied at 7-11-2023 04:43 PM
Mostly pekerja gomen la buat mcm ni atau glc dari. Satu lg dari pantai timur
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...
prettyuglybabe replied at 7-11-2023 05:02 PM
geng gaji rm2000 boleh beli 10 rumah..
ujung-ujung masuk insolvensi rumah kena lelong, agen melesa ...
dekmieDandy replied at 7-11-2023 05:24 PM
sebab tu dekat korea dengan jepun nuh, dia letak deposit/key money sampai puluh-puluh ribu
rosak si ...
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...
ADVERTISEMENT