CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3607|Reply: 40

Kotor, Jijik! Penyewa Pindah Keluar, Owner Rumah Tanggung Kos Repair Cecah RM6,000

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Latif Ab Razak kesal terhadap sikap individu yang menyewa kediaman milik ibu bapanya.


Rumah yang terletak di Perak itu bukan sahaja tidak dijaga dengan baik, malah turut ditinggalkan dalam keadaan yang begitu kotor dan menjijikkan.


Foto: FB




"Kesian mak bapa aku kena hadap penyewa mental macam ni. Rumah di Taman Cempaka, Ipoh ni sikit punya strategik kawasannya.


"Nak apa kemudahan semua berhampiran je. Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku," luahnya di media sosial.


Menurut Abdul Latif lagi, duit sewa yang sepatutnya dinikmati sebagai pendapatan pasif bulanan kini bertukar menjadi kerugian kerana mereka perlu menampung kos baik pulih dan macam-macam lagi.







"Dari sepatutnya raih pasif income tapi jadi sebaliknya. Kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air. Tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah RM6,000 (menyamai nilai sewaan selama setahun).


"Ambil pengajaran dari kisah ni. Tak semudah ABC ya nak raih income melalui rumah sewa. Saranan aku keperluan melantik Real Estate Negotiator adalah menjadi kewajipan pada setiap pemilik aset," katanya lagi.


Ekoran kejadian itu, Abdul Latif berkata dia akan bersikap lebih tegas agar kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.


"Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan.


"Biarlah lebih bertegas, jangan naif sangat. Nak masuk sewa rumah kena ikut law. Deposit, agreement (perjanjian) dan detail (maklumat) lengkap penyewa semua ada. Sebab bila jadi macam ni siapa nak kesian kat kita," luahnya lagi.


Abdul Latif turut berkongsi beberapa foto di Facebook, memaparkan keadaan rumah sewa itu yang bersepah ibarat baru dibadai ombak tsunami.


Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar sikap penyewa dan berharap agar pelaku dikenakan tindakan undang-undang.


"Geng lelaki atau perempuan atau famili yang menyewa ni? Keluar dari celah lubuk mana la manusia ni. Macam tak ada tamadun lagi gayanya ni.


"Ada ke undang-undang untuk penyewa yang buat macam ni? Ni pun satu kemusnahan harta benda juga ni. Boleh tuntut ganti rugi ke?


"Macam mana la manusia-manusia yang boleh hidup kotor macam ni? Tak rasa geli ke," tulis beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 02:15 PM | Show all posts
Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertunggak 2k.. bila mintak bayar kena sound tak de hati perut, katanya tuhan bagi rezki lebih kat member aku ni untuk membantu orang yang memerlukan macam dia ibu tunggal… sampai mental member aku di buatnya.. dia salah ke penyewa salah, dia pun confuse.. ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman now kalau buat rumah sewa utk invest mmg xberbaloi
kalau diperincikan segala kos yg kite sebagai landlord kene tanggung
entah la ye, sesetengah malaysian ni mmg masih tahap pemikiran bodo
bile melibatkan bab² kebersihan dan tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:53 PM | Show all posts
rikiruj: Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertunggak 2k.. bila mintak bayar kena sound tak de hati pe ...


ckp kt member..xpe la cik, sy nak tlg ibu tunggal lain..acik cari la org lain yg boleh tlg acik..
kalau acik xpuas hati, ajom kita tny ostat..
boleh x kalau nak jawab cmtu hihi

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 7-11-2023 02:15 PM
Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertungga ...


Eh sama lah mcm aku....

Penyewa tak byr api rm5k....sewa bulanan rm4k... tiap kali aku mintak...dia kata dia tak dpt payment, org tindas dia ...knp aku pun ikut nk tindas dia ...

Aku sampai kena pi jumpa doktor sbb stress, dada ketat nk bernapas tiap kali pikir pasal rmh tu ...
Last sekali aku serah kat real estate agent suruh selesaikn, bawak kuar brg2 dia ....tapi aku buat report polis dulu lah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu aku rela jer umah aku kosong dari disewakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 04:04 PM | Show all posts
rikiruj replied at 7-11-2023 02:15 PM
Member aku kena tarbiyah dengan penyewa dia ibu tunggal tak bayar sewa 5 bulan, bil letrik tertungga ...

try tanya Suhaimi Saad

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 04:06 PM | Show all posts
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt penyewa mcm ni..
investor mcm ni la yang buat harga rumah mencanak tinggi. lepas tu tak terjual.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 7-11-2023 04:45 PM
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...


Mostly pekerja gomen la buat mcm ni atau glc dari. Satu lg dari pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 7-11-2023 04:43 PM
Mostly pekerja gomen la buat mcm ni atau glc dari. Satu lg dari pantai timur

Hasil stalker aku btol. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:02 PM | Show all posts
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...

geng gaji rm2000 boleh beli 10 rumah..
ujung-ujung masuk insolvensi rumah kena lelong, agen melesap ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah pun jgnla naif dan bodoh sgt...buatlah syarat bertulis dlm perjanjian tu..sebulan sekali tuan rumah. Boleh masuk dalam check dgn penyewa hadir skali.

Yg ko biarkan. Smpai 6bln..setahun..jadilah cmni

Nak bagi sewa.tapi nak check rumah sendiri pemalas..pada aku dlm artikel ni anaknya la pemalas ..anak tuan rumah .dah mak ayah tua..ko LA patut pikir benda Gini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:24 PM | Show all posts
sebab tu dekat korea dengan jepun nuh, dia letak deposit/key money sampai puluh-puluh ribu

rosak sikit pun dah kena tolak duit
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-11-2023 05:02 PM
geng gaji rm2000 boleh beli 10 rumah..
ujung-ujung masuk insolvensi rumah kena lelong, agen melesa ...

Yg kerja gomen ulang skrip gaji kecik. Phuih
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk sgt bisnes sewa rumah tp bodoh. I ckp bodoh sbb dia kata dah 2-3 kali jd benda yg sama. Ko sedekah je la xpyh kutip sewa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:13 PM | Show all posts
Jadikan rumah kebajikan je..orang bisnes ko nak bisnes tapi tak reti bisnes...hujung² buat kebajikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 7-11-2023 05:24 PM
sebab tu dekat korea dengan jepun nuh, dia letak deposit/key money sampai puluh-puluh ribu

rosak si ...

Tapi kalau kt Malaysia kalau dh byk sgt supply rumah sewa,mana dpt minta deposit byk2 sgt.Dia cari je rumh sewa lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 7-11-2023 04:06 PM
dari dulu memang tak suka dgn investor yang kaut byk unit untuk jadikan sewa. padan muka la dpt peny ...

Kalo yg dlm thread ni bukan yg jenis2 mcm tu agaknya.rumah pon mcm uzur je
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lega kami laki bini dah jual semua rumah, just tinggal 1 je buat duduk sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli tengok dapur tu weh.. tak berkudis pulak kaki lalu celah2 daki berlumuih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.204824 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list