|
Pelakon Indonesia, Citra Kirana mendedahkan pernah dibaling kerusi oleh pengarah selepas gagal menangis ketika melakonkan babak sedih. Katanya, insiden itu terjadi pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Ketika itu, Citra terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam drama bersiri, Tukang Bubur Naik Haji dan semuanya bermula apabila dia tidak boleh menangis untuk adegan sedih.
"Bukan menangis, saya sebaliknya jadi takut dengan kejadian tersebut dan tidak boleh mengeluarkan air mata," katanya. Meskipun kerusi itu tidak kena padanya namun kejadian tersebut membuatkannya takut untuk datang ke set penggambaran dan bertemu pengarah. Ujarnya, tindakan itu tidak elok dijadikan contoh dan sebetulnya pengarah terbabit perlu mengambil pendekatan yang lebih baik. Sumber: Beautifulnara
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.244500 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.