CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dian Sastrowardoyo 6 Bulan Ubah Gaya Hidup Demi Gadis Kretek

4-11-2023 10:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 400| Komen: 6

Description: Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo mengetepikan kehidupan sosial demi menghidupkan watak Dasiyah dalam drama bersiri Gadis Kretek.Kata aktres itu, dia mengelak menonton televisyen (TV) dan ...
Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo mengetepikan kehidupan sosial demi menghidupkan watak Dasiyah dalam drama bersiri Gadis Kretek.

Kata aktres itu, dia mengelak menonton televisyen (TV) dan melayari internet termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan.



"Saya berhenti berjumpa teman dan tidak bersosial. Saya tidak lakukan aktiviti olahraga, berlari atau bermain tenis yang sangat digemari.

"Semuanya kerana saya mahu latih badan bergerak mengikut kehidupan wanita pada zaman itu.

"Saya juga berhenti mendengar muzik moden. Saya hanya dengar gamelan dan irama klasik selama beberapa bulan untuk fokus dengan watak Dasiyah.

"Saya banyak berlatih sendirian di rumah dan berdisiplin. Saya tidak buka TV dan tidak pegang telefon bimbit ketika berlatih," katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama bersiri Gadis Kretek, Rabu lalu.


Dian mengaku bukan mudah memasukkan karakter Dasiyah dalam diri, di mana banyak kesabaran dan persiapan perlu dilakukannya.


"Saya dapat banyak arahan daripada sutradara yang merancang karakter Dasiyah dengan teliti. Karakternya sangat jauh daripada diri saya hingga merasa sangat tercabar.

"Namun, saya cuba tengok bagaimana boleh teroka karakter ini, biarpun bicara, gerak tubuh dan ekspresi Dasiyah sangat berbeza.

"Saya pernah bawa watak patriotik tetapi kali ini karakter dilakonkan sangat berbeza dengan diri saya," katanya yang mendapat bimbingan daripada pengarah merangkap jurulatih lakonan, Kamila Andini.

Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya.

"Pada mulanya, saya sangat tertekan. Saya belajar bahawa seorang pelakon perlu pasrah, berserah dan ikhlas kerana tugasnya adalah menyerahkan diri kepada karakter. Kalau watak perlukan dia lakukan semua itu, kita harus jalani dengan baik," katanya.

Drama bersiri Gadis Kretek arahan Kamila dan Ifa Isfansyah diadaptasikan daripada novel tulisan Ratih Kumala terbitan 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama.

Boleh distrim sekarang, Gadis Kretek berkisar percintaan epik berlatarkan industri tembakau pada era 1960-an di Indonesia.

Siri TV itu turut menampilkan pelakon Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote lasagna 4-12-2023 10:47 AM
Perawankota: Baru abis episod 4. Daring gila Dian atas katil dgn hero… tapi episod 4 ni sedih gila…
fuhhh cite ni best giler, part yg sedih tu iols nanges tgk sengsorang, trlalu kosentrate, power cite ni.
tp bab cemolot smp ke katil tu cam tak best plak.. bkn kaa sheol dah reverted to muslim lama?
ptt ler kontroversi cite ni kt sna.
Quote lasagna 4-12-2023 10:37 AM
intan244: kretek tu apa.
rokok chuols.. ayat org jawa. dlu msa kecik2 arwah atok suka isap rokok kretek.
Quote A-Are 8-11-2023 11:46 AM
cantiknya DS ni....makin berusia makin cantik...x mcm si rangga
Quote intan244 7-11-2023 05:14 AM
kretek tu apa.
Quote Perawankota 4-11-2023 08:19 PM
Baru abis episod 4. Daring gila Dian atas katil dgn hero… tapi episod 4 ni sedih gila…
Quote doubleA 4-11-2023 01:22 PM
Dasyat preparation into character dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.093203 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top