CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Wanita Lepas Bersalin Tertekan Asyik Ditegur Gemuk, Stretch Marks, Kulit Hitam Gedeber Sana Sini

7-11-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4725| Komen: 60

Seorang individu menyedari beberapa rakannya memuat naik status yang menyatakan mereka ditegur gemuk dan chubby.

“Tiga orang kawan saya yang baru lepas bersalin ni muat naik status cakap, orang sekeliling komen pasal dah gemuk atau chubby.


“Bodoh ke? Baru lepas bersalin kan... susah ke untuk tidak komen pada bentuk badan orang lain? Menggigilkah kalau tak komen,” tulisnya di laman X.

Gambar Hiasan

Memahami perasaan dan situasi yang dialami rakan-rakannya itu, wanita ini turut menyatakan empunya diri sememangnya berasa sedih dengan masalah berat badan yang dihidapi.

Mana tidaknya, mereka yang baru sahaja lepas bersalin akan mengalami masalah kulit menggeleber selain parut regangan pada beberapa bahagian badan.

“Ingat ibu baru tak sedih tengok badan mereka kat cermin hari-hari dan nampak stretch marks, kulit gedeber sana sini?

“Bukan mudah untuk mereka sesuaikan diri dengan perubahan badan, nak tambah dengan komen yang tak diminta daripada orang luar,” tambahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila pakaian lama tidak boleh digayakan semula.

Bahkan, jika terdapat baju yang masih muat, ia tidaklah seperti pemakaian sebelumnya.

“Apabila beli baju baru, sedih seorang diri dalam bilik persalinan kerana dah naik satu saiz,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat maklum balas warga maya yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita dan sudah mempunyai anak.

Tidak kurang juga yang meluahkan perasaan pernah berhadapan situasi sama seperti rakan pelayar berkenaan.

“Selepas bersalin dan masuk kerja pun ada yang tegur kenapa berisi. Aku cuti tiga bulan bukannya tiga tahun, dah kurus nanti tegur pula ya.

“Masa hamil ada yang tegur badan saya gemuk, kembangnya hidung, kembangnya kaki. Habis tu kau ingat aku sentiasa kurus ke, baby nak sorok kat mana?

“Dalam pantang tiga minggu, baju terselak di perut. Ada yang masuk bilik tegur ‘hitamnya perut’.

“Kita aware yang badan dah berubah lepas bersalin, tak perlu nak cakap pasal tu,” ujar beberapa warga maya penuh kecewa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 7-11-2023 12:50 PM
Tengok budak2 muda zaman sekarang baru bersalin anak sorang dah gelebeh
Tak pantang ke mcm mana?
Soalan serious ni
And budak2 bujang belum kawin pun badan mcm gelebeh semua
Depa mkn banyak sangat makanan viral kot?
Kita dulu umur2 mcm tu punya la slim
Quote akies 7-11-2023 01:38 PM
NazRysha replied at 7-11-2023 12:50 PM
Tengok budak2 muda zaman sekarang baru bersalin anak sorang dah gelebeh
Tak pantang ke mcm mana?
Soa ...

Iols pantang ikut org dulu2..tk makan sebarangan sbb nak bf baby.
Habiss 44 hari.. kembali slim..
Mana2 yg iols tgk tk pantang betul2..
Makan bergoreng..
Mmg naik berat badan tu..
Huhu
Quote little_sis 7-11-2023 02:12 PM
akies replied at 7-11-2023 01:38 PM
Iols pantang ikut org dulu2..tk makan sebarangan sbb nak bf baby.
Habiss 44 hari.. kembali slim..
...

Kembali slim tu, perut tu ada gelebeh ke lagi? Boleh ke jadi mcm sediakala macam sebelum mengandung?
Quote jejaka_hensem 7-11-2023 02:15 PM
Dorang patut belajar dgn acik2 forum sini yg cantik jelita,kurus  kulit licin, tak berkerak,cukup sempurna
Quote NazRysha 7-11-2023 02:48 PM
akies replied at 7-11-2023 01:38 PM
Iols pantang ikut org dulu2..tk makan sebarangan sbb nak bf baby.
Habiss 44 hari.. kembali slim..
...

perasan lagi2 yang ceaser perut kemain besar
kenapa jadi mcm tu ek?

Quote green~tea 7-11-2023 02:55 PM
Diet and exercise, nutrients mencukupi je uolz.. takde la susah
Quote green~tea 7-11-2023 02:56 PM
NazRysha replied at 7-11-2023 02:48 PM
perasan lagi2 yang ceaser perut kemain besar
kenapa jadi mcm tu ek?

Sbb otot kena potong UOLZ.... so takes longer time for recovery.... tambah plak lepas beranak.. badan masih simpan hormon relaxin... so kita takleh immediately workout... nnti hormon tu jadikan joints kita rosak especially lutut
Quote green~tea 7-11-2023 02:58 PM
jejaka_hensem replied at 7-11-2023 02:15 PM
Dorang patut belajar dgn acik2 forum sini yg cantik jelita,kurus  kulit licin, tak berkerak,cukup se ...

Mmg ada pun acik forum jelita cantik kurus kulit licin... tp bukan lah ramai

Bekas ratu cantik pun ada uols kat sini...
Quote mamajawie 7-11-2023 02:59 PM
i ni anak 1st je da ada stretch marks..walaupun da kembali slim lost nearly 40 kgs pun sama masih ada parut..i sedih weyh
Quote akies 7-11-2023 03:21 PM
little_sis replied at 7-11-2023 02:12 PM
Kembali slim tu, perut tu ada gelebeh ke lagi? Boleh ke jadi mcm sediakala macam sebelum mengandun ...

Perut amik masa kalau nak kempis.
Takkan semudah abc kempis mcm sblm preggy
Sbb tu kena rajin pakai bengkung dn girdle.
Plus kena exercise juga
Quote MadameOnion 7-11-2023 03:24 PM
aku pernah bersalin c section n normal jugak..alhamdulillah tak hitam dan tak nampak selulit sangat sbb aku tak pakai bengkung kot..buncit tu biasala..takkan nak perut kempis mcm anak dara memandangkan aku malas exercise..makan pun kuat jugak..cuma breast la tak firm mcm dulu..aku pun dah 43..nak expect cekang mcm anak dara tu melampau la
Quote syamzana 7-11-2023 03:34 PM
MadameOnion replied at 7-11-2023 03:24 PM
aku pernah bersalin c section n normal jugak..alhamdulillah tak hitam dan tak nampak selulit sangat  ...

i pun bersalin czer 2x, tade pun hitam2 ke selulit perut geleber tp takkan la org dah branak pinak expect body mcm anak dara.
kalau body cun skalipun dari luaran ye la berbalut dgn baju cuba bogel opkos la ada sana sini nmpk bekasan dah dihenyak suami
membongak je la ckp breast cekang serupa anak dara kalau pakai bra ye la terletak helokkk cuba buka bra tu mesti la jatuh jugak jgn sagging sudah.

ehh mcm2 la org skrg ni byk fikir tp sambil dok merenung body huduh smbil makan dah tu caner???
Quote che-cikL 7-11-2023 05:30 PM
Gedeber tu lain kan...
Gelebeh lah nokkksss
Quote orkid_amani 7-11-2023 05:59 PM
Patang modern mana la tak gemok..org suruh pantang kemain lagi diorang cakap doktor takdak suruh pantang2 pun..lepas tu bila org tegoq gemok sentap aii pun xfollow bab makan ja dalam pantang ni..bertungku..tangkas..mandi herba..barbarut mmg aii buat. Sebab tu aii berani cakap yg xpantang dalam pantang mmg susah nak kurus. Tapi aii metabolism tinggi + kat tempat kerja dari 1 work stations ke satu work stations jarak jauh..banyak jalan. Nk p makan pun mcm kelig aii kata..p lapaq..balik pun lapaq jauh kena jalan
Quote Prickford 7-11-2023 06:03 PM
Let anak dara be anak dara. Yg dah jadi mak ni teruskan hidup. Sampai bila la asik nak kena dengar cakap orang. Padahal geleber2 pon, hidup baik2 je, bersyukur dah.
Quote exclusive_vvip 7-11-2023 06:04 PM
stretch marks tu ikut genetik kan? sebab dari nenek iols, membawa ke mak iols & my sisters sumer xde stretch marks..iols xtau la camne sbb x penah beranak
Quote evlinne 7-11-2023 06:04 PM
NazRysha replied at 7-11-2023 02:48 PM
perasan lagi2 yang ceaser perut kemain besar
kenapa jadi mcm tu ek?

Ai dulu lps czer mmg perut besar. Benda ni dinamakan diastasis recti x silap
Kena jumpa physio utk betulkan
Ada pakej pusat terkeluar, kita panggil dia umbilical hernia. Perasan x kalau mengandung ada perempuan2 yg pusatnya terjojol?

Body semua orang x sama. Proses mengandung dan bersalin pun x sama. So raikan la perbezaan...

Ai sedih klau baca pompuan kondem pompuan cara beranak lah apalah. Sbb ai pernah berada di tempat tu, mcm2 kena kecam. Pdhl benda tu takdir, kita pilih nak cara lain tapi x dapat cara tu.
Quote ina_na 7-11-2023 06:07 PM
Iolss rs syukur pulak sbb ms sekolah,ms muda dl walaupun dah beranak msh kurus kering sampai di samakan dgn playwood... Bl dah msk 4s br bdn naik tu pun kalo x makan lunch 57kg..Kalo mkn jd 60kg...iolss tgk cousin yg lawa2 ms muda belia body tip top skrg ni adoii mcm almari bergerak pun ade..ade yg diet terlampau teruk nk kurus mcm zmn muda remaja muka nampak cengkubg gila..lgpulak bl dah berusia hidung mcm makin kembang dr zmn muda...tp iolss x suka p makan gan yg diet2 ni..ape benda pun x nk makan.. lps tu duk kata sedap la iolss makan banyak mcm mn pun bdn skrg sedang elok..rs mcm dpt ganguan jiwa bl dia org ckp mcm tu
Quote evlinne 7-11-2023 06:07 PM
Bila baca kt group fb kelab mengandung lah kelab beranak lah mcm2 lah, ada lagi orang yg komen dangkal kalau beranak normal dapat banyak pahala.. beranak czer xde pahala sbb berbeza cara melahirkan.

Rasa nak maki je orang2 bodoh camni

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042495 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top