CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jepp Saly Meninggal Dunia

7-11-2023 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5015| Komen: 17

Mohd Hanafiah Saly atau Jepp Saly meninggal dunia di kediamannya di Bukit Beruntung Rawang sekitar jam 8.20 malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham yang merupakan penyanyi, pelakon dan penerbit drama, pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) persatuan terbabit suatu ketika dulu.



Foto: Seniman

"Sepanjang berkhidmat sebagai Exco Seniman, Allahyarham  seorang yang amat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

"Allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit kanser hati tahap empat yang dihidapi sejak kebelakangan ini dan meninggalkan empat orang anak dan seorang balu.

"Seluruh kepimpinan tertinggi Seniman dan barisan Exco mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan didoakan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman," katanya.

Semasa hayatnya, Jepp Saly aktif membantu golongan kurang bernasib baik antaranya menerusi penganjuran Tabung Bantuan Mangsa Banjir pada Disember 2015.

Allahyarham juga pernah membantu golongan artis bernasib malang menerusi program Jelajah Jualan Amal Selebriti yang berlangsung di Selayang Mall, Selangor pada September 2015.

Tidak terkecuali, Jepp menerusi syarikatnya, Trans Malaya Borneo turut membantu Penyunting Eksekutif Harian Metro, Allahyarham Efindi Baharuddin yang ketika itu menghidap barah serta jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri yang mengalami strok.

Berita kematian Mohd Hanafiah turut dikongsi oleh beberapa penggiat seni antaranya Salwa Abdul Rahman dan beberapa yang lain.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sentosa, Rawang jam 10 pagi ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 7-11-2023 12:44 PM
Innallillah...salam takziah buat famili.
Quote putribatrisya 7-11-2023 02:18 PM
Salam takziah buat famili walaupon x kenal sapa ni
Quote Lavender_Violet 7-11-2023 03:11 PM
Innalillahiwainnailahirojiun....
Tak berapa cam arwah ni
Tapi dikebumikan sama tanah perkuburan dgn arwah ayah meols
Alfatihah utk Arwah Jepp Saly dan arwah ayah ku
Quote rje 7-11-2023 03:17 PM
salam takziah
Quote Diamondmoney 7-11-2023 03:22 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun..
Quote miarshya 7-11-2023 09:32 PM
salam takziah kepada keluarga arwah
Quote linb 8-11-2023 12:35 AM
Innalillahiwainnailahirojiun
Quote readbaca 8-11-2023 12:38 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun
takziah kepada ahli keluarga
Quote TerataiMelur02 8-11-2023 12:41 AM
Baca nama jepp ingatkan jep sepahtu..

Innalillahiwainailaihirajiun..
Quote ohsoyaya 8-11-2023 03:56 AM
Innalillah...
Quote damian_lee 8-11-2023 05:44 AM
innalillah ….
Quote sweet)june 8-11-2023 06:02 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun
takziah kepada ahli keluarga
Quote liyamariska 8-11-2023 06:38 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote cap_ayam 8-11-2023 11:02 AM
Salam takziah buat keluarga.
Quote Siputjelly 8-11-2023 02:42 PM
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam takziah buat sekeluarga
Quote imanjannah 8-11-2023 02:55 PM
innalillahwainnalillahirojiunn..
Quote winky1 8-11-2023 03:15 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah kepada keluarga dan sahabat handai.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042881 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top