Tom dihina rakan artis yang menganggap dirinya hodoh dan tidak cantik. Katanya dia baru mendapat tahu ada rakan artis mengutuk dan menghina penampilannya. Namun Tom sudah bersemuka dengan artis tersebut namun individu terbabit tidak mengakui tindakan berkenaan. "Saya tahu daripada kawan-kawan artis sendiri. Tak perlu saya nak sebut siapa orangnya kerana perkara ini sudah pun selesai dan dia sudah minta maaf. "Tapi dia tidak mengaku. Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah semasa tu emosikan.
"Saya pun tidak mahu besarkan isu ini. Masing-masing punya pendapat kan... dah hodoh kan nak buat macam mana," katanya kepada mStar. Tom juga sedih dan menyifatkan perihal kecantikan merupakan isu sensitif bagi setiap wanita. "Sebenarnya saya sedih tetapi tak mengapalah nak buat macam mana kecantikan ini semuanya pinjaman Tuhan.
"Saya ada bersemuka dengannya bertanya betul ke ada mengata tentang saya tapi dia tidak mengaku. "Akhirnya dia meminta maaf dan memberitahu dia tidak berkata yang bukan-bukan tentang saya dan mengakui sayang saya sebagai seorang rakan. "Saya sudah banyak kali menerima kecaman fasal hodoh ini. Tapi kalau tentang isu kecantikan ini sensitif sikit untuk orang wanita," ujarnya.
Sementara itu, suami Tom, Fuad Rahman atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, pula mengakui kesal dengan kecaman yang diberikan terhadap isterinya itu. Kata Fuad, dia sentiasa menasihati Tom untuk terus berfikiran positif dan tidak mahu ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan di media sosial. "Bila saya lihat netizen komen kepada isteri seperti itu, saya sebagai suami berasa geram kerana kita lelaki kan.
"Kadang-kadang saya fikir balik kalau tiada netizen, kita sebagai artis pun tak kemana-mana. "Jadi saya hanya fikir positif dan saya selalu nasihatkan Tom untuk bersabar dan jangan fikir yang bukan-bukan lagi-lagi tengah mengandung sekarang," katanya.
Sebelum ini, Tom memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa sedih apabila menerima kritikan netizen yang menyifatkan dirinya tidak memiliki paras rupa yang cantik. Penyanyi itu bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut kerana menganggap dirinya hanya bertindak kerana emosi memandangkan sedang hamil lima bulan. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|