CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fyna Jebat Potong Rambut Pendek Sebab Sedih Bercerai?

6-11-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3002| Komen: 12

Fyna Jebat menafikan imej rambut pendek sebagai tanda kesedihan selepas bercerai dengan bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Katanya, dia cuma mahu kembali kepada gaya lebih segar seperti 12 tahun lalu ketika berada dalam program realiti Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).



Foto: Kosmo

“Sebenarnya, saya sudah berambut pendek sejak dulu lagi terutama ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan menerusi pertandingan AF9.

“Jadi itu memang imej saya lama, cuma sekarang saya nak tampil semula dengan gaya sebegitu. Lebih ‘fresh’.

“Memang pun tiada kaitan dengan sesiapa,” katanya kepada Kosmo.



Mengulas mengenai fasa selepas perceraian, Fyna mengakui sekarang adalah masa paling tepat untuk memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.

Dia bersyukur apabila keluarga serta rakan terdekat sentiasa memberikan sokongan yang membolehkannya kekal bersemangat.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Tiada apa yang saya nak kongsikan sebab saya lebih bagi tumpuan kepada karier nyanyian.

“Bila dah kembali solo lagi senang saya nak bergerak. Keluarga dan kawan-kawan pun bagi sokongan.



“Dorongan positif sebegitu sangat penting untuk saya kembali memacu kerjaya termasuk mencuba bidang lakonan kalau dapat peluang,” katanya.

Ditanya mengenai bekas suami, Fyna, 30, enggan mengenang kisah lalu, sebaliknya ingin berjalan ke depan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Syukur, saya gembira dengan kehidupan sekarang selain meneruskan kehidupan seperti biasa.



“Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, sebab saya tak mahu besar-besarkan cerita lampau.

“Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia,” ulasnya.



Fyna bergelar isteri kedua Zainal, 62, pada awal tahun ini, namun sekitar Ogos lalu pernikahannya dengan personaliti sukan popular disahkan terlerai, dipercayai tiga bulan sebelum itu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toynme 6-11-2023 11:03 AM
filter 4 layer pun still tak lawo..ermmm
Quote prince_marhaen 6-11-2023 11:19 AM
cikpek dah jadi terowong menora dah kena ngan toknal kicap......terus la kata jadi diri sendiri, lebih senang bergerak solo...apasal masa ngan tok kicap kau kena ikat dalm bilik 24jam ke??? dah tau nak bergerak solo kau pergi sumbat juga botol kicap tu sampai takleh bergerak.... gitttewwww cercaan meols.
Quote I.K.A888990 6-11-2023 11:22 AM
kan senang cari yg bujang ni tak yg atok jua dicari
takpelah dik semoga yg baik2 saja yerrrrrrr
Quote ezacbee 6-11-2023 11:24 AM
Atok xde gigi pun ko nak.

Untung atok terhangat di pasaran..

Quote Manusiabesa 6-11-2023 11:36 AM
Tak masalahnya dia kata dia gerak solo tp aku nmpk loket rantai dia hurop Z mcm means zainal abidin lg hahaha. Xtau la klu bopren baru nama zul hijjah
Quote sayurmayur88 6-11-2023 12:24 PM
jadikan pengajaran, perjalanan hidup harus diteruskan
Quote aemon 6-11-2023 04:42 PM
Aikkk.aritu bukan da rujuk dgn botol kicap ke?
Quote cikus 6-11-2023 04:45 PM
Rambut pendek pon tetap x slera ...camno
Quote Sachacha 6-11-2023 04:56 PM
Tetapla hauk..rumah takde cermin ke
Quote bellaamsar 6-11-2023 06:09 PM
Baca sekali lalu terbaca kokspin potong rambut pendek sbb sedih bercerai.. astaga
Quote amyza 6-11-2023 06:26 PM
Ntah² dah rujuk balik tapi senyap² je tak nak kecoh² mcm dulu. Toknal nak jaga hati family sana tu, takkan senang² nak lepaskan fyna yg muda bergetah ni yg sana mungkin dah expired. Huhu
Quote rosmahisham 6-11-2023 08:29 PM
Juling ke minah ni..giigih iols mata sheols

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.119340 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top