CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azharina Hidap Sakit Berbahaya, Ganggu Stamina Ketika Menyanyi

6-11-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3260| Komen: 20

Azharina  kini berdepan dengan masalah kesihatan namun belum bersedia dedah mengenai penyakit yang dihidapinya.

Katanya dia mula mengetahui tentang penyakitnya itu sejak tahun lalu dan kini masih dalam proses rawatan.


Foto: IG

"Saya dapat tahu tentang penyakit ini tahun lalu dan boleh dikatakan dia kategori penyakit bahaya. Sekarang masih dalam proses untuk mengubati sakit tersebut.

"Ada benda yang boleh dikongsi dan ada perkara yang perlu saya simpan. Kalau sudah bersedia nanti saya akan ceritakan kepada semua.

"Namun siapa yang kenal mengenali pasti tahu saya seorang yang sangat positif dan ceria. Masalah sedikit itu kita jangan terlalu fikirkan," katanya kepada mStar.



Menurutnya lagi disebabkan sakit yang dialami itu ia juga menganggu stamina ketika menyanyi.

Tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk memberikan persembahan terbaik, Azharina juga banyak melakukan aktiviti seperti boxing dan Muay Thai sebagai senamam.



"Bila sudah ada penyakit saya perlu lakukan sesuatu untuk tingkatkan semula stamina. Sebab itu saya mula melakukan aktiviti boxing dan Muay Thai.

"Penyakit ini mengganggu dari segi stamina dan juga suara. Ada hari saya rasa nak baring sahaja disebabkan mudah rasa penat.

"Sebelum masuk ASGV pun doktor sudah pesan supaya jaga pemakanan. Namun bukan mudah sebab bila sibuk, makan tidak teratur dan jadual tidak menentu," ujarnya.



Sementara itu bercakap tentang cabaran minggu kelapan ASGV, penyanyi ini sedar akan ada perbandingan apabila dia diberi tugasan menyanyi lagu Ya Maulai yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya mohon belas ihsan dan maaf terlebih awal kerana tidak mungkin saya akan jadi seperti Datuk Siti. Suara kami berbeza.



"Saya juga kenalah minta izin dia untuk nyanyikan lagu ini kerana bimbang akan menghancurkannya nanti," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 6-11-2023 10:07 AM
Hbisla out mngu ni
Quote beta_carotene 6-11-2023 10:12 AM
[youtube]aA4Kt_nUKlQ[/youtube]

apa2pun interview azharina ni mmg win and lucu giler..
get well soon nina..
Quote uda 6-11-2023 12:19 PM
beta_carotene replied at 6-11-2023 10:12 AM
apa2pun interview azharina ni mmg win and lucu giler..
get well soon nina..

Ha'a, sempoi dan lucu cara dia cakap dan jawab. I dapat rasakan yang dia memang jujur bercakap dan tak fake.

Pernah naik satu flight dengan dia dan duduk dekat2. Dia memang friendly.Mula bercakap terus bahasakan diri dai 'nina'
Quote melinda_kerr 6-11-2023 12:49 PM
tkyh masuk apa2 event lah.. tiap kali masuk adaje kisah mistik die ni... bosan
Quote LadyCarefree 6-11-2023 01:06 PM
Kata penyakit bahaya? Pastu anggap ianya masalah sedikit?
Quote Lavender_Violet 6-11-2023 01:13 PM
Tapi sheols ni dah kurus banyak
GERD kot...
Quote justchu 6-11-2023 01:58 PM
mcm mana dah penyakit merbahaya boleh menyanyi2 lg
kang tiba2 meletop atas stage tu membahayakan org lain plak
Quote bintangct 6-11-2023 02:03 PM
dia ni kdg² fesyen dia nmpk kampugs sgt la mcm mggu ni really old fashion
suka tgk fesyen jac.. sopan & minimalis
Quote Prickford 6-11-2023 02:05 PM
"Azharina  kini berdepan dengan masalah kesihatan namun belum bersedia dedah mengenai penyakit yang dihidapinya."

Lain kali jgn sebut2 langsung kalau tak ready nak bagi tahu apa2. Tunggu dah sakit terlantar baru bagi tahu.


Quote aciksenah 6-11-2023 02:08 PM
beta_carotene replied at 6-11-2023 10:12 AM
apa2pun interview azharina ni mmg win and lucu giler..
get well soon nina..

Kelakor la jugak dia ni..hi..hi

Quote sukacactus 6-11-2023 02:30 PM
beta_carotene replied at 6-11-2023 10:12 AM
apa2pun interview azharina ni mmg win and lucu giler..
get well soon nina..

Eh aku tgk interview2 dia kat gv ni dgn youtube gv pintu blkg tu br la aku tau dia pak lawak
Beza betul dgn rupa ketat dia tu
Quote pocongkiutss 6-11-2023 02:35 PM
Kenapa org suka pakai turban ye? Iols rasa ia sgt menghuduhkan rupa
Quote heythere123 6-11-2023 02:36 PM
Prickford replied at 6-11-2023 02:05 PM
"Azharina  kini berdepan dengan masalah kesihatan namun belum bersedia dedah mengenai penyakit yang  ...

iols sokong komem chuols kaka

dari nak kesian jadi nyampah
Quote heythere123 6-11-2023 02:37 PM
pocongkiutss replied at 6-11-2023 02:35 PM
Kenapa org suka pakai turban ye? Iols rasa ia sgt menghuduhkan rupa

fesyen kot? tapi jujur memang turban kebanyakannya buruk
Quote supernaturalee 6-11-2023 03:11 PM
queen of too much ruffle


Quote supernaturalee 6-11-2023 03:26 PM
beta_carotene replied at 6-11-2023 10:12 AM
apa2pun interview azharina ni mmg win and lucu giler..
get well soon nina..

xde sensor filter, xde sensor pintar: nabil



Quote miss_strangers 6-11-2023 03:46 PM
Aku risau sakit cam adibah Noor je...dia senyap2 tau2 xde dah
Quote twins 6-11-2023 04:50 PM
macam-macam la peserta asgv ni... dorang ni rasanya dah mula cuak boleh ke proceed ke minggu seterusnya sbb semua pun juara mgkn confident level kurang sikit.. so start la cari alasan bila tak perform elok.  last 2 weeks Jac tp tok ram dah cakap itu bukan alasan.. aishah lg senang... salahkan duet partner & kata ada org nak kenakan dia... makin lama tinggal yg kuat2 jer lg la mcm2 alasan keluar ni.... tunggguuuuu
Quote sleepandream 6-11-2023 06:02 PM
pocongkiutss replied at 6-11-2023 02:35 PM
Kenapa org suka pakai turban ye? Iols rasa ia sgt menghuduhkan rupa

muka lonjong mcm yuna or ziana zeng sesuai je...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044182 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top