CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mat Over Kecewa Amalan Kroni Dalam Industri

5-11-2023 02:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1613| Komen: 10

Pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over mengakui kecewa dan berkecil hati apabila terdapat amalan mengutamakan kroni dalam pemilihan pelakon.

Katanya, amalan sedemikian perlu dihentikan sebelum ia meranapkan industri seni tempatan.




“Maaf cakap, ada produser yang selalu ambil kroni untuk berlakon. Saya tidaklah kecewa sangat dengan perkara ini, cuma saya harap ia tidak diteruskan.

“Keadaan ini akan mensia-siakan bakat mereka yang benar-benar boleh berlakon. Penonton pun dapat menilai perkara ini.

“Saya dah berusia, tapi masih boleh berlakon. Cuma tidak seaktif dulu. Mungkin sebab produser ambil kroni, hanya kawan-kawan yang ditawarkan,” luahnya.

Mat ketika ditanya tentang perkembangan terbaru memaklumkan aktif menyanyi dan membuat lagu lebih-lebih lagi di negeri-negeri pantai timur.

“Saya terima banyak jemputan. Banyak masa terpaksa berulang alik dari Klang ke Terengganu.


“Tentang lakonan adalah beberapa drama yang saya buat, tapi tak banyak.

“Cuma sekarang saya dalam perancangan untuk menulis dan mengeluarkan lagu,” kongsinya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 5-11-2023 02:05 PM
Atok pon kroni ds xxx gak kan dulu sampai lempang orang...
Quote FrikoE 5-11-2023 06:49 PM
Adakah ini bakalan jadi sharnaz bila dah berusia.. samo muka
Quote neo_5050 5-11-2023 08:31 PM
Pineapple 10 - 15 tahun lagi.
Quote neo_5050 5-11-2023 08:32 PM
FrikoE replied at 5-11-2023 06:49 PM
Adakah ini bakalan jadi sharnaz bila dah berusia.. samo muka

Hahaha...kannn. Ada iras.
Quote kaedahnya 6-11-2023 10:45 AM
tapi aku suka iklan ubat batuk hurix dia berlakon lawak
Quote kaedahnya 6-11-2023 10:46 AM
tapi aku suka iklan ubat batuk hurix dia berlakon lawak
Quote Burong_Hantuk 6-11-2023 10:51 AM
orang atasan /VVIP pun ada kroni dorang..apa ada heran??
Quote wirazam 6-11-2023 02:42 PM
kaedahnya replied at 6-11-2023 10:46 AM
tapi aku suka iklan ubat batuk hurix dia berlakon lawak

Eiwewwwwww
Quote exclusive_vvip 6-11-2023 04:24 PM
dia ni zaman muda dulu berlakon best sgt ke? I ingat dia berlakon PMPMTT je.. tah la yer, kekadang iols tgk, ada sesetengah yg veteran2 ni takde la best sgt pun masa muda dulu..sbb dah otai je, orang beranggapan mcm bagus sgt..
Quote kaedahnya 6-11-2023 05:00 PM
wirazam replied at 6-11-2023 02:42 PM
Eiwewwwwww

hhhayy yoouu shooeeeaaann!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.092699 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top