Hasrat pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, 37, bergelar ibu bakal menjadi kenyataan apabila dia kini hamil 25 minggu atau enam bulan. Terdahulu, Rafidah atau mesra dengan panggilan Fida berkongsi berita gembira berkaitan kehamilannya menerusi hantaran dimuat naik di Instagram.
Fida berkata, dia bersyukur impian dan rezeki untuk memiliki cahaya mata sulung bersama suami, Shahzemir Shahzulkarib, 38, akan dimakbulkan Allah dalam beberapa bulan lagi. "Alhamdulillah, saya sekarang hamil 25 minggu atau enam bulan. Syukur ke hadrat Allah, di atas segala nikmat ini selepas pernah mengalami dua kali keguguran. "Ketika alami keguguran dulu, ramai yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Terima kasih semua dan saya doakan agar setiap doa kebaikan itu berbalik kepada kalian juga. "Dalam masa saya gembira menantikan kelahiran anak ini, sebenarnya saya juga sedar betapa cabaran besar dihadapi ibu bapa, terutama tahun depan adalah 100 tahun kejatuhan empayar Islam mengikut sirah," katanya.
|
ketambangkang replied at 5-11-2023 04:14 PM
byk kontroversi dia dulu, alhamdulillah now aman2 hidup bersama suami
yum3 replied at 6-11-2023 09:58 AM
apa ekkkk kontroversi dia? Lupo dah
mamajawie replied at 6-11-2023 10:16 AM
masa dia kapel dgan mamat sepah kalu x silap sheollss bkak tudung time tu..
ADVERTISEMENT