Menerusi muat naik gambar baharu di Instagram, penyanyi rap, MK K-Clique menarik perhatian apabila terdapat tatu berbentuk 'barcode' pada lengannya. Bagaimanapun, jika ia tatu sebenar tidak mungkinlah penyanyi itu dengan berani menunjukkan kepada umum apatah lagi netizen pada masa kini sudah pasti akan memberikan komen pedas.
Tambahan pula belum ada lagi khabar angin yang mendakwa MK mencacah tatu pada mana-mana bahagian tubuhnya. Menjengah di ruangan komen, ada yang bertanya sama ada 'barcode' tersebut tatu sebenar atau sebaliknya namun tidak ada jawapan daripada MK. Tetapi, ada antara pengikut MK yang memberikan respon bahawa 'barcode' tersebut adalah tatu palsu dan dilukis untuk berlakon.
Menyemak gambar yang dimuat naik sebelum ini juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tatu pada lengan penyanyi itu. Sumber: IG MK K-Clique
|
ADVERTISEMENT