CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Minat Dari Kecil, Hazama Terima Tawaran Duet Dengan Noraniza Idris

4-11-2023 08:02 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4567| Komen: 1

Penyanyi, Hazama meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berkolaborasi dengan Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris.

Katanya, ketika ditawarkan projek tersebut, Hazama terus sahaja bersetuju apatah lagi dia meminati Noraniza sejak kecil lagi.



"Saya sangat bertuah kerana berpeluang berkolaborasi dengan lagenda irama Malaysia.

"Kali pertama dapat panggilan projek ini, saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi.

"Projek ini adalah kali pertama saya merakamkan lagu genre irama Malaysia. Tanpa tawaran ini, saya mungkin tidak berpeluang merakamkan genre sebegitu kerana saya sendiri membawakan genre rock" kata Hazama.


Sementara itu, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani berkata, dia mencadangkan agar lagu tersebut dinyanyikan secara duet.

"Setelah siap rangka susunan muzik, saya  cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif yang sesuai dengan vokal saya.

"Ambil masa lama juga meninjau tapi kebetulan saya ada buat satu program dengan Hazama, saya terus terfikir untuk calonkan dia. Pengurusan Hazama juga menyabut baik perkara itu. Bermulalah rakaman single ini.

"Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M Nasir. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat daripada beliau yang dihormati dalam industri muzik sehingga kini," kata Noraniza

Untuk rekod, Noraniza dan Hazama berduet menerusi lagu Penawar Kita hasil ciptaan Luca Sickta dan lirik oleh Kmy Kmo.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote F685 4-11-2023 08:05 AM
Meriahkan industri muzik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056216 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top