CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4570|Reply: 1

Minat Dari Kecil, Hazama Terima Tawaran Duet Dengan Noraniza Idris

[Copy link]
Post time 4-11-2023 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Hazama meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berkolaborasi dengan Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris.

Katanya, ketika ditawarkan projek tersebut, Hazama terus sahaja bersetuju apatah lagi dia meminati Noraniza sejak kecil lagi.






"Saya sangat bertuah kerana berpeluang berkolaborasi dengan lagenda irama Malaysia.


"Kali pertama dapat panggilan projek ini, saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi.


"rojek ini adalah kali pertama saya merakamkan lagu genre irama Malaysia. Tanpa tawaran ini, saya mungkin tidak berpeluang merakamkan genre sebegitu kerana saya sendiri membawakan genre rock" kata Hazama.


  



Sementara itu, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani berkata, dia mencadangkan agar lagu tersebut dinyanyikan secara duet.


"Setelah siap rangka susunan muzik, saya  cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif yang sesuai dengan vokal saya.


"Ambil masa lama juga meninjau tapi kebetulan saya ada buat satu program dengan Hazama, saya terus terfikir untuk calonkan dia. Pengurusan Hazama juga menyabut baik perkara itu. Bermulalah rakaman single ini.


"enerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M Nasir. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat daripada beliau yang dihormati dalam industri muzik sehingga kini," kata Noraniza


Untuk rekod, Noraniza dan Hazama berduet menerusi lagu Penawar Kita hasil ciptaan Luca Sickta dan lirik oleh Kmy Kmo.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Meriahkan industri muzik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.160216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list