Seorang wanita tampil berusia 29 tahun berkongsi situasi kewangan yang dihadapinya gara-gara membuat pinjaman peribadi hingga memakan diri. Menerusi Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, wanita berusia 29 tahun yang tidak mendedahkan identiti itu bakal diisytiharkan muflis.
Sudah 10 tahun bekerja dalam sektor kerajaan, wanita itu mempunyai tiga orang anak yang berusia enam tahun, lima tahun dan 10 bulan. Katanya, dia bingung bagaimana mahu menguruskan ketiga-tiga anaknya kerana jadual kerjanya berdasarkan syif pagi, petang dan malam. Malahan, baki gajinya setiap bulan selepas melangsaikan segala komitmen hanya berbaki RM600. Wanita itu bercadang untuk berhenti kerja bagi menguruskan sendiri anak-anaknya dan bercadang untuk mencari pendapatan dengan menjadi pengasuh. Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat serta cadangan solusi bagi masalah yang dihadapinya. Ada juga yang bersetuju dengan tindakannya untuk berhenti bekerja bagi mengurangkan kos tambahan pula pada masa kini ada banyak punca pendapatan yang boleh dibuat secara atas talian dan boleh dijalankan di rumah. Sumber: mStar |
Binodino replied at 3-11-2023 07:10 AM
Personal loan, credit card memang boleh bawak bala. Nak berbelanja kena ikut kemampuan, nak berhutan ...
apech replied at 3-11-2023 08:47 AM
Setakat kad kredit limit 10k takde nya ko blh jatuh bangkrap. Kalau kena potong pn, masih lagi nak m ...
elzy replied at 3-11-2023 08:11 AM
Duit loan tu guna untuk apa.. Kalau membeli-belah sesedap rasa, beli kereta untuk tunjuk kawan-kawan ...
blue_blur replied at 3-11-2023 08:28 AM
kebodohan ter awal, laki pergunakan bini kerja gomen untuk balun loan max, (sila bagitau asal mana n ...
otai_g replied at 3-11-2023 07:22 AM
Btl tu pk2 blk bahaya gak kerja gomen. Loan, credit card semua sng lulus smpikan kerani n17 pun bl ...
ADVERTISEMENT