View: 7267|Reply: 131
|
Terbeban Dengan Hutang, Gaji Wanita Tinggal RM600, Bakal Diisytiharkan Muflis
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tampil berusia 29 tahun berkongsi situasi kewangan yang dihadapinya gara-gara membuat pinjaman peribadi hingga memakan diri.
Menerusi Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, wanita berusia 29 tahun yang tidak mendedahkan identiti itu bakal diisytiharkan muflis.
Sudah 10 tahun bekerja dalam sektor kerajaan, wanita itu mempunyai tiga orang anak yang berusia enam tahun, lima tahun dan 10 bulan.
Katanya, dia bingung bagaimana mahu menguruskan ketiga-tiga anaknya kerana jadual kerjanya berdasarkan syif pagi, petang dan malam.
Malahan, baki gajinya setiap bulan selepas melangsaikan segala komitmen hanya berbaki RM600.
Wanita itu bercadang untuk berhenti kerja bagi menguruskan sendiri anak-anaknya dan bercadang untuk mencari pendapatan dengan menjadi pengasuh.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat serta cadangan solusi bagi masalah yang dihadapinya.
Ada juga yang bersetuju dengan tindakannya untuk berhenti bekerja bagi mengurangkan kos tambahan pula pada masa kini ada banyak punca pendapatan yang boleh dibuat secara atas talian dan boleh dijalankan di rumah.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simple je. Ukur baju bdn sendiri. Tak matey pun naik MRT.. takde Kete Bimmer. Mentaliti ummah.. kena kawin, kena ada kereta bila dapat kerja, kena beranak ramai baru meriah katanya, kena beli rumah… ujung2 bank yg kenyang nak jerat sign loan 20-30 thn korang tu.  |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yang rasa income mereka masih baik mestilah syukur selalu kerana rezeki tu Allah masih sambung; senang je Dia nak duga kita |
|
|
|
|
|
|
|
Personal loan, credit card memang boleh bawak bala. Nak berbelanja kena ikut kemampuan, nak berhutang pun kena tengok kemampuan. Mampu bayar ke tak. Kerja gomen pulak lagi la senang nak apply loan sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 3-11-2023 07:10 AM
Personal loan, credit card memang boleh bawak bala. Nak berbelanja kena ikut kemampuan, nak berhutan ...
Btl tu pk2 blk bahaya gak kerja gomen. Loan, credit card semua sng lulus smpikan kerani n17 pun blh buat loan beli city. |
|
|
|
|
|
|
|
I ni asyik2 dicontact oleh pihak bank or sykt kewangan suh buat loan last2 i ckp...x mboh dah tambah hutang...nak pencen awal...mesti pendapatan sykt2 kewangan ni pun affected..utk this girl bertabahlah..bgs gak berenti keje cari pendapatan..umur muda lg..patutnya ada anak srg je lah dulu sampai income stabil baru tanbah anak |
|
|
|
|
|
|
|
Duit loan tu guna untuk apa.. Kalau membeli-belah sesedap rasa, beli kereta untuk tunjuk kawan-kawan, tak guna menyesal..
|
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan ter awal, laki pergunakan bini kerja gomen untuk balun loan max, (sila bagitau asal mana negeri laki ni, jangan kecam, ni untuk panduan kita bersama nanti, ban pukul rata)
kebodohan lanjutan dia, nak berhenti kerja sebab MALU. ni pakej dengan bangang sekali.
kalau dah berhenti kerja hakiki yang mungkin ada pencen, apa jadah dia nak resign?
mohon tunjal berjemaah spesis macam ni.
muflis masih boleh bekerja, yang isu besar, malu dengan kawan2 sebab sebelum ni flex sembang kencang dia paling bagus, tu aja. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. bodoe itu pilihannnnnnnnnnnnnnnnn  |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian awak dik... sya fhm sebab ujian hidup x sama. Ada org diuji kewangan, ada org diuji xda anak tapi kewangan stabil, ada org diuji kewangan stabil & ada anak tapi suami/isteri bermasalah curang apa semua. Semua org diuji. Sebab tu sya x berani komen lebih... Ustazah pesan satu hari nanti kita akan diuji apa yg kita cakap kat orang lain dgn cara yg berbeza sama ada melalui anak atau cucu... Apa2 pun semoga dipermudahkan urusan awak ye dik... menuju akhir zaman ni xmudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat kad kredit limit 10k takde nya ko blh jatuh bangkrap. Kalau kena potong pn, masih lagi nak mampu bayar bulan2.
Yg teruknya kau ambik personal loan. Ambik pulak sampai 2 3 loan. Duit habis, bangkrap juga. Duit ko buat apa? ada buat bayar bil hospital. Dek, kalau dah tak mampu pergi je la hospital kerajaan. Kurang2 pun kerajaan plg mahal operation RM30k je.
Tp kalau dah tak mampu juga, berserah je la pada tuhan. Ni bergolok bergadai bayar bil hospital, yg sakitnya sorang je. Sekarang dgn anak2 pun terpalit kesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jadi pengasuh lagi teruk dik. Parents nk hat murah je lps tu mkn minum anak pun nak pengasuh tanggung dgn upah tak seberapa tu. End up ko yg kena tambah duit sendiri utk besarkn anak orang.
Dari ko stress pukul anak org baik teruskn je la keje gomen tu. Nt dpt pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul,kad kredit kalau guna cara betul kita yg dpt cashback,
kalau personal loan bayo je la faedah kat bank tuh,
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dia ada kata,masa sebelum kawin darah muda joli sakan la,bila dah kawin buat loan bantu suami lak,
last2 gaji tinggal 600, perit wow mcm gaji awal tahun 2000
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin la sblm ni jenis sembang dgn kawan2. Ipar aku sorang jenis mcm ni. Dulu laki dia (abg aku) bisnes kencang. Blh kata berduit senang la, bini dia masukkan anak semua tadika swasta. Baju semua branded, beli dekat butik. Mainan pun semua mahal2 dan baru. Brg seken mmg tak pernah. Contoh kalau buai ke baju anak mmg dia takkan pakai yg ipar lain bagi. Sanggup beli baru walaupun pakai sekali 2 je. Oh lupa, 3 org beranak swasta (anak yg last lahir masa tgh miskin, jadi pegi gomen). anak semua bagi iphone. Humble brag bininya. 3 anak semua tadika swasta. anak last kemas.
5 6 tahun kebelakangan ni dah mula slow. abg aku tu dah tukar banyak jenis bisnes semata nak survive. Aku nk tlg pun, bini dia masih kerek tak padan dgn tgh susah. tp disebabkan dulu dia jenis tak blh kalah dgn adik beradik sekarang pun dia gigih masukkan anak dekat swasta. ambik ptptn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku cakap cikgu sekolah dia ada yang payslip gaji bersih tinggal rm200 je. Sampai pengetua panggil dia. Adoii. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je...asalkan ada pasangan yg mampu bayar sama2. Ada sorang ni kat ofis jawatan steno je, tapi pakai keta konti baru ya bukan seken. dah 6 7 tahun elok je dia blh maintain servis apa semua. Dia siap beli parking berbumbung lagi, yg ada tulis no plet tu. RM200 jugak sebulan utk parking saja. Duduk pun flat je... Anak sorang. Lifestyle dia pun takde nampak over..biasa2 je...tak jugak nampak dia struggle ikat perut. Takde la nampak dia ada masalah duit, tp taktau la kot2 dia pandai sorok aib sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila hidup nak sedapkan mata orang cam nilah jadinya.
rakyat malaysia perlu belajar ilmu kewangan ...kalau tak ramai golongan umo camnih tersepit dengan hutang2 yang tidak perlu pun sebenarnya.
bukan senang nak betulkan semula banyak benda kena cut kalau betul2 nak buat. terbuat ker! kena paksa lah kalau nak tido lena hidup aman dan damai |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah confirm terus apply loan semaksimum dan bayar sampai pencen. Itulah yg selalu aku dengar. Pastu idop bergaya sakan. Hp mesti iphone walaupun berhutang. Android ishhh.. Aku mampu senyum je..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Lakinya mana..
tak kan tak membantu pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|