Seorang wanita diceraikan oleh suami yang terlalu menurut arahan dan perintah ibunya. Menurut Erina Gustina di TikTok, pengalaman tersebut dialami oleh rakannya sendiri selepas mengahwini seorang lelaki yang juga anak tunggal.
Tiada sebarang masalah berlaku pada awal perkahwinan bahkan suaminya sentiasa menyediakan nafkah yang cukup buat rakannya pada setiap bulan. Namun, ibu mentuanya cemburu dalam diam yang seterusnya melakukan pelbagai cara untuk mencetuskan masalah dalam rumah tangga mereka. "Kawan saya ni berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Jadi, di sini kita dapat bayangkan bahawa si suami ini jenis seorang anak yang terlalu mengikut perintah ibu bapa. "Baiklah berbalik pada cerita asal, pada awal perkahwinan kawan saya tu biasa sahaja. Suami dia memang baik sampaikan bagi kesemua duit gajinya kepada si isteri.
"Tetapi, perkara tersebut sebenarnya telah mendatangkan sifat cemburu dalam diri ibu si suami yang tidak berpuas hati anaknya itu memberikan kesemua duit gaji kepada menantunya. "Sewaktu kawan saya ini sedang mengandung, mentuanya kerap datang ke rumah dan seakan ingin mencari salah. Ada sahaja yang tidak kena pada kawan saya ini pada matanya. "Bukan itu sahaja, pernah satu hari mentuanya itu datang membawa makanan tetapi mengeluarkan perkataan yang begitu mengguris hati kawan saya iaitu, ‘makanan ini untuk anak saya dan kamu tidak boleh makan ya’. "Nak dipendekkan cerita, sudah tiba masa untuk rakannya itu melahirkan anak namun disebabkan oleh masalah tertentu, doktor menasihatkan agar bersalin secara czer. "Selepas dia dapatkan rawatan dan dibawa ke rumah, mentua kawan saya ni bukannya nak ucap tahniah tapi menyindir dengan berkata, ‘Seorang perempuan sejati itu perlu melahirkan anak secara normal bukannya secara pembedahan. Kalau secara czer ni bermaksud kamu bukanlah wanita yang sejati. Menghabiskan duit anak saya saja’. "Saya tak dapat bayangkan perasaan kawan saya itu yang disindir sebegitu dalam keadaan masih kesakitan selepas melahirkan anak. Lebih menyedihkan ialah, rakannya itu bukan sahaja disindir malah turut diceraikan suaminya yang terlalu mengikut kata-kata mentuanya. Perkongsian Erina itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya yang meminta agar mereka dijauhkan daripada bertemu dengan mentua yang berperangai sedemikian. -CARI
|
ina_na replied at 2-11-2023 03:31 PM
Iolsss dl pun penah kn kecam dr member group sekolah menenggah..bl tau iolss dua2 czear..kata bukan ...
mamapea replied at 2-11-2023 05:08 PM
kt fb dulu pun sama...yg bersalin normal ramai kecam yg czer...bkn wanita sejati la...mcm2 la dior ...
midori888 replied at 2-11-2023 02:56 PM
org ada anak tunggal, dpt pulak cucu...mesti gembira giler...
meols suspect nie citer hasanah jer.. ...
ADVERTISEMENT