View: 4143|Reply: 42
|
Isteri Diceraikan Suami Gara-Gara Mentua Tak Puas Hati Cucu Dilahirkan Secara Czer "Bukan Wanita Sejati Tak Beranak Normal"
[Copy link]
|
|
Seorang wanita diceraikan oleh suami yang terlalu menurut arahan dan perintah ibunya.
Menurut Erina Gustina di TikTok, pengalaman tersebut dialami oleh rakannya sendiri selepas mengahwini seorang lelaki yang juga anak tunggal.
Tiada sebarang masalah berlaku pada awal perkahwinan bahkan suaminya sentiasa menyediakan nafkah yang cukup buat rakannya pada setiap bulan.
Gambar Hiasan
Namun, ibu mentuanya cemburu dalam diam yang seterusnya melakukan pelbagai cara untuk mencetuskan masalah dalam rumah tangga mereka.
"Kawan saya ni berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Jadi, di sini kita dapat bayangkan bahawa si suami ini jenis seorang anak yang terlalu mengikut perintah ibu bapa.
"Baiklah berbalik pada cerita asal, pada awal perkahwinan kawan saya tu biasa sahaja. Suami dia memang baik sampaikan bagi kesemua duit gajinya kepada si isteri.
"Tetapi, perkara tersebut sebenarnya telah mendatangkan sifat cemburu dalam diri ibu si suami yang tidak berpuas hati anaknya itu memberikan kesemua duit gaji kepada menantunya.
"Sewaktu kawan saya ini sedang mengandung, mentuanya kerap datang ke rumah dan seakan ingin mencari salah. Ada sahaja yang tidak kena pada kawan saya ini pada matanya.
"Bukan itu sahaja, pernah satu hari mentuanya itu datang membawa makanan tetapi mengeluarkan perkataan yang begitu mengguris hati kawan saya iaitu, ‘makanan ini untuk anak saya dan kamu tidak boleh makan ya’.
"Nak dipendekkan cerita, sudah tiba masa untuk rakannya itu melahirkan anak namun disebabkan oleh masalah tertentu, doktor menasihatkan agar bersalin secara czer.
"Selepas dia dapatkan rawatan dan dibawa ke rumah, mentua kawan saya ni bukannya nak ucap tahniah tapi menyindir dengan berkata, ‘Seorang perempuan sejati itu perlu melahirkan anak secara normal bukannya secara pembedahan. Kalau secara czer ni bermaksud kamu bukanlah wanita yang sejati. Menghabiskan duit anak saya saja’.
"Saya tak dapat bayangkan perasaan kawan saya itu yang disindir sebegitu dalam keadaan masih kesakitan selepas melahirkan anak.
Lebih menyedihkan ialah, rakannya itu bukan sahaja disindir malah turut diceraikan suaminya yang terlalu mengikut kata-kata mentuanya.
Perkongsian Erina itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya yang meminta agar mereka dijauhkan daripada bertemu dengan mentua yang berperangai sedemikian. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ehhhh...geram pulak baca cete2 mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ayoooooo.. bole pula mcmtu ye.. aku yg x beranak nie ntah2 awal2 dh kena dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerpen ke ni. tengok nama tu macam dari indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain mak mertua mulut mcm tu sampai anak bercerai berai. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe lah, bersyukurlah dah terpisah dgn family toxic macam tu.
Meroyan kalau time pantang disuruh itu ini sampai naik gila, mesti mertua tersenyum puas hati. |
|
|
|
|
|
|
|
as usual, cerita sebelah pihak.
Next!
|
|
|
|
|
|
|
|
org ada anak tunggal, dpt pulak cucu...mesti gembira giler...
meols suspect nie citer hasanah jer... |
|
|
|
|
|
|
|
macam kisah kat drama korea je
hospital playlist tak salah
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolsss dl pun penah kn kecam dr member group sekolah menenggah..bl tau iolss dua2 czear..kata bukan perempuan sejati...trs iolsss ckp nk tgk lubang vagina ke... Iolsss bukan mak nyahhhhh... mentang2 dia beranak normal 5org... alih2 adik dia 4kali beranak semua czear...haaa adik ko Tu bukan perempuan sejati iolsss balas balik..diam je dia |
|
|
|
|
|
|
|
golongan woke feminist ke apa tah.. jantan tukaq tina pon deny wanita ori yg tak boleh beranak tu adalah wanita.. sbb xleh beranak katanyeh sama level dgn jantan tukaq jantina.. ni level haram jay sbb ko pompuan pon tiba2 deny walhal dah beranak pon org tu cuma czer sbb komplikasi kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
kt fb dulu pun sama...yg bersalin normal ramai kecam yg czer...bkn wanita sejati la...mcm2 la diorg ckp...ingat czer tak sakit ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah berurut lepas bersalin, org tua la yg urut, dia tanya iols bersalin normal ke czer. Iols jwb la normal. Dia ckp bagus la, perempuan skrg lembik. Sakit sikit terus nak czer. Gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Citer puak2 Priskies ke ni? Semestinya yg pelik namampos dari tanah puak2 dia! |
|
|
|
|
|
|
|
Beranak tak ikut pintu tuh pun jadi kes.. aiyooooaiiii
Kalau tak pernah beranak ntah apa pulak makian puak2 nih
|
|
|
|
|
|
|
|
mamapea replied at 2-11-2023 05:08 PM
kt fb dulu pun sama...yg bersalin normal ramai kecam yg czer...bkn wanita sejati la...mcm2 la dior ...
Saya bukan nak komen hal sejati tak sejati tau.
Atau nak banding2kan sakit.
Mak saya ada beranak normal, ada czer.
Mak mertua pun sama.
Demer kata, beranak normal lebih berganda sakit.
Rezeki masing2 dapat beranak mcm mana cara.
Yg penting anak sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat tak sakit ke toreh perut 7 lapis? Czer ke normal ke sama je. Teringat sorang mamat dekat twitter, dia kata yang beranak czer ni selalu bini yang suka control suami, tak solehah.
Apa lah suka downgrade orang? Czer ke normal ke dua dua sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerpen nukilan TikToker jadi isu semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 2-11-2023 02:56 PM
org ada anak tunggal, dpt pulak cucu...mesti gembira giler...
meols suspect nie citer hasanah jer.. ...
Betul gak ni.
Iols ada kenal ngn seseorang perempuan ni.
Kisah hidup dia bleh dikatakan menyedihkan laa
Dia kawen masa usia muda maybe dlm 19-20 camtu taklama kawen suami dia ninggal disebabkan demam panas.
Jd balu muda la dan ada sorang ank lelaki
Masa anak lelaki dia umur 4 tahun berlaku tragedi menyayat hati dan menggemparkan.
So anak dia terkorban dlm tragedi tu.
Dia plak cedera, time tu dia ada kawan lelaki la. Kawan ni la yg byk teman dan bantu dia ulang alik sepital dan pi mahkamah.
Lepas dia sembuh tak lama tu dia kawen ngn kawan dia ni.
Suami dia ni anak tunggal, tp mil elok je layan dan terima dia ngan baik.Dia pun dh dapat anak baru dan opkosla mil sayang cucu dia tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|