Ramai kagum tengok anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia sembilan tahun tapi dah mengenali produk penjagaan kulit berjenama antarabangsa. Che Ta sendiri memberitahu dia tidak mengetahui jenama-jenama produk antarabangsa yang menjadi pilihan anaknya itu.
"Saya tak tahu semua itu. Apa yang awak sebut? Saya tak pernah dengar," katanya yang kagum dengan Aaisyah. Che Ta juga memberitahu dia berasa lucu mendengar jawapan anaknya dan secara berjenaka hanya mengetahui produk tempatan jenama Safi Rania yang pernah melantiknya sebagai duta sebelum ini. Dalam video yang dikongsi Che Ta di TikTok miliknya, pelakon itu bertanya kepada Aaisyah hadiah yang diinginkan sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 November.
"Aku tak tahu semua tu, tak pernah dengar... Yang mummy tahu Safi Rania jer. Itu menatang apa hang sebut?," katanya. Membalas pertanya ibunya itu, Aaisyah menyebut beberapa jenama seperti Drunken Elephant, Glow Recipe dan Sol De Janeiro yang merupakan produk terkemuka antarabangsa. "Banyak lagi mummy belum beli," ujar Aaisyah menjawab pertanyaan ibunya itu. Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai pengikut yang terhibur selain rasa kagum dengan respons Aaisyah itu. "Pitam dengar list dia. Drunk Elephant punya sunscreen pun sudah beratus harga. "Bukan main skincare dia nak. Aku tak tahu pun produk tu wujud," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
primarikey: Sape yg kagum tuTak normal kot budak umur aisyah ni dh bckp psl skincare
Ramai kagum tengok anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia sembilan tahun tapi dah mengenali produk penjagaan kulit berjenama antarabangsa.
slyfynx replied at 2-11-2023 08:20 PM
Bijik ape nk kene kagum pasal inneh?
primarikey replied at 2-11-2023 01:28 PM
Sape yg kagum tu
Tak normal kot budak umur aisyah ni dh bckp psl skincare
ADVERTISEMENT