Hazeman Huzir berang dengan segelintir wanita yang berani meninggalkan komen merepek menerusi sesi Live baru-baru ini. Hazeman atau lebih mesra dengan panggilan Haze kelihatan marah apabila individu terbabit seakan tidak sensitif dan menjaga adabnya apabila memuji tetamu jemputannya yang dikenali sebagai Yousuf Hamis Abu A’ssi atau @yousuf_anak_palestine kacak.
“Aku nak tanya ni, b*doh mana yang aku tengah live tadi dia tinggalkan komen ‘handsome lah Yousuf ni’. Apa benda kau orang ni? “Aku berborak benda yang serius tau! Tinggalkan komen macam ‘handsomenya’ apa benda semua tu…Eh, b*doh! Dia punya rumah baru lepas kena bom tau! Tak sensitif langsung kau orang ni,” katanya. Hazeman juga kata sesi siaran langsung itu dibuat bagi membincangkan isu yang sedang berlaku di Palestin memandangkan Yousuf merupakan anak kelahiran bumi Gaza yang berpindah ke Malaysia untuk menyambung pelajaran.
“Malu, malu, malu tau tak? Kita ni tengah bercakap pasal isu besar lepastu berani betul ada orang komen kenapa abang Haze garang sangat. “Kau dah malukan negara kita lah b*doh…Malu!,” jelasnya.
|
AbukRokok replied at 2-11-2023 10:35 AM
biarlah dorang memuji bukan mengutuk
kalchi replied at 2-11-2023 10:40 AM
Haze jeles la tuh
ADVERTISEMENT