MELAKA – Seorang bayi lelaki tidak sedarkan diri selepas dihantar ke sebuah taska di Taman Pertam Jaya, Semabok. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi itu yang berusia 30 tahun pada pukul 12.31 tengah hari.
Bapa mangsa dimaklumkan mengenai keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri semasa hendak dipakaikan baju pada pukul 9.30 pagi oleh pemilik taska berkenaan. “Bimbang dengan keadaan anaknya, lelaki itu pergi ke taska dan membawanya ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Mangsa kini ditahan di wad kerana mengalami pendarahan di kepala,” katanya hari ini. Bayi lelaki berusia setahun itu sebelum ini pernah mengalami kecederaan lebam pada pipi kanan dan dahi sebelah kiri selepas dihantar je pusat jagaan sama. Jelasnya, kejadian itu berlaku pada 27 Oktober lalu dan pihak taska memaklumkan bayi tersebut terjatuh dari kerusi anjal.
“Ibu bayi itu menghubungi pihak taska dan dimaklumkan kecederaan tersebut berlaku akibat terjatuh dan terlanggar kerusi bouncer yang menyebabkan lebam pada pipi kanan dan dahi sebelah kiri. –CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 2-11-2023 12:19 PM
Pengasuh ni gemok ke pengkid? Selalunya dua jenis ni yg suka dera dan abai kanak2.. ekekekekek
SembangKari replied at 2-11-2023 03:22 PM
Aku syak dia gemok, suka pakai tudung sarung, cakap main lepas, jalan bersepah. Sekian speku dari ...
ADVERTISEMENT